Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes wanita keguguran: NUH mohon maaf

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



HOSPITAL Universiti Nasional (NUH) telah meminta maaf atas satu kejadian melibatkan seorang wanita hamil 36 minggu yang terpaksa menunggu di Jabatan Kecemasan (ED) sepanjang dua jam dan kemudian mengalami keguguran.



Ketua Eksekutif NUH, Profesor Aymeric Lim, berkata dalam satu kenyataan kelmarin hospitalnya sepatutnya melakukan lebih menawarkan pengawasan dan jagaan rapi kepada wanita itu.



Beliau menambah pihaknya sedang menyemak semula proses bagi mengurus pesakit hamil yang datang ke ED supaya kejadian itu tidak berlaku lagi, lapor akhbar The Straits Times (ST) semalam.



"Beliau telah menunggu dua jam dan ini sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan ini, jadi kami minta maaf," kata Profesor Lim.



"Pada ketika itu, kami sepatutnya memberikan pengawasan dan penjagaan rapi dan juga memberitahu pesakit itu terhadap keadaannya dan pemindahannya (ke wad bersalin)."



Kenyataan minta maaf itu datang selepas suami wanita tersebut menulis di Facebook Isnin lalu, tiada orang memberi jagaan kepada isterinya selepas beliau tiba di NUH menerusi ambulans pada 15 Mac lalu, dan dibiarkan mengalami "pendarahan tidak terkawal" sekitar dua jam.



Lelaki itu berkata isterinya kemudian dipindahkan ke wad bersalin selepas dua jam di mana beliau dirawat doktor dan jururawat. Wanita itu kemudian diberitahu, beliau kehilangan bayinya.



Profesor Lim berkata wanita itu dimasukkan ke ED NUH pada 10.35 malam kerana mengalami pendarahan dan diberi layanan sejurus beliau tiba.



"Beliau dimaklumkan dalam keadaan stabil dan pendarahannya telah berkurangan dalam perjalanannya ke hospital," kata Profesor Lim.



"Semasa pemeriksaan di ED, tanda vitalnya berada dalam keadaan biasa. Beliau memberitahu, beliau sedang mengalami sedikit kesakitan dan dinilai mengalami kesakitan 2/10 mata oleh jururawat kami," kata Profesor Lim lagi.



Wanita itu diletakkan di stesen jagaan untuk pengawasan visual lebih rapat, katanya.



Pesakit hamil dimasukkan ke wad persalinan setiba mereka di ED, tambahnya.



"Oleh kerana beliau berada dalam tahap bersalin awal, aturannya adalah untuk memindahkan beliau ke wad bersalin secepat mungkin, yang pada ketika itu penuh," kata Profesor Lim.



Sejurus beliau dipindahkan ke wad bersalin, wanita itu kemudian menerima jagaan serta-merta.



Beliau menerima jagaan oleh satu pasukan yang dipimpin oleh dua konsultan kanan, kata Profesor Lim.



"Pengimbasan ultrabunyi menunjukkan tiada nadi jantung fetus, disebabkan placental abruption (masalah uri yang terpisah daripada dinding rahim), satu komplikasi kehamilan yang jarang ditemu dan sukar dijangkakan," jelasnya.



Beliau juga berkata pada ketika itu, ED NUH berdepan bilangan pesakit yang tinggi dan NUH memberi keutamaan kepada pesakit yang memerlukan rawatan perubatan.



Profesor Lim menambah, NUH sedang menguruskan tiga pesakit hamil dijangkiti Covid-19 di jabatan ED dan wad bersalin pada malam kejadian itu.



Kakitangan hospital di kedua-dua ED dan wad bersalin amat sibuk kerana perlu menguruskan kes-kes mendesak itu.



Buat masa kini, semua wanita hamil lebih 36 minggu yang mempunyai Covid-19 dimasukkan di tiga hospital awam bagi penjagaan dan persalinan. Hospital tersebut adalah, NUH, Hospital Besar Singapura (SGH), dan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita KK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >