Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes wanita lompat dari birai di Eunos Crescent: Polis, SCDF bertindak wajar

Sep 23, 2022 | 08:52 PM



Pasukan polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) maklum akan ulasan dalam talian yang bertanyakan sama ada  polis dan SCDF boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menghalang seorang wanita daripada melompat dari birai sebuah unit di 36 Eunos Crescent pada Selasa lalu (20 Sep).


Pada hari itu sekitar 6.30 petang, polis menerima panggilan bantuan di 36 Eunos Crescent.


Dua anggota polis pertama tiba di tempat kejadian pada 6.43 petang dan terus ke unit itu tetapi unit itu didapati dikunci.


Dua lagi anggota polis tiba pada 6.44 petang dan terus ke tingkat bawah.


Mereka ternampak seorang wanita berdiri di birai unit itu, menurut satu kenyataan bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan SCDF pada Jumaat (23 Sep).

Pegawai polis lain tiba tidak lama kemudian.


Pegawai polis di tingkat bawah meminta wanita itu agar tidak melompat dari birai itu, menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya.


Namun, wanita itu tidak mengendahkan cubaan pegawai polis itu yang cuba menenangkannya, mahupun berundur dari birai itu dan masuk ke dalam unit.


SCDF telah dimaklumkan mengenai kejadian ini pada 6.43 petang, dan Red Rhino merupakan kenderaan SCDF pertama yang tiba di tempat kejadian dalam masa lapan minit.

Ini diikuti tidak lama kemudian oleh sebuah kereta  bomba dan ambulans.


Namun, wanita itu melompat dari birai pada 6.54 petang, beberapa minit selepas ketibaan SCDF, ketika  anggota bomba  sedang  membawa peralatan menyelamat ke unit itu dan sedang pek udara keselamatan sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


Wanita itu kemudiannya dihantar dalam keadaan sedar ke hospital.


Menurut kenyataan bersama itu, pegawai polis dan SCDF yang tiba di tempat  kejadian  telah bertindak sewajarnya dan mengikut prosedur.


Pihak polis dan SCDF juga ingin menghargai usaha dua orang awam yang cuba menenangkan  wanita itu sebelum ketibaan polis, apabila mereka melihatnya di birai itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >