Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

'Kes yang ditangani bawa kesan positif dalam kehidupannya'

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS pengajian Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A', Cik Farahlina Tan, 28 tahun, mendapati beliau tertarik dengan bidang kerja sosial kerana beliau inginkan kerjaya yang dapat membantu orang lain.



Pada waktu itu beliau mempunyai dua pilihan - bidang kejururawatan atau kerja sosial.



Namun beliau terdorong mengejar pengajian kerja sosial kerana ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kerjaya tersebut selain tidak mahu terikat dengan kerja pejabat sahaja.



Selain itu beliau akur bidang kejururawatan mungkin tidak sesuai untuknya kerana beliau tidak kuat semangat melihat darah atau jarum.



Anak bongsu tiga beradik itu kemudian meneruskan pengajian diploma dalam kerja sosial di Politeknik Nanyang dan kemudian mendapatkan bon bersama AWWA selama dua tahun.



Setelah menceburi bidang kerja sosial, Cik Farahlina sedar bahawa beliau telah membuat keputusan yang tepat kerana mendapati bahawa kes-kes yang dihadapinya membawa kesan positif dalam kehidupannya kerana beliau dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.



Cik Farahlina bertugas di Pusat Perkhidmatan Keluarga AWWA di mana beliau mengendali pengurusan kes klien dan juga program untuk keluarga dan kerja kemasyarakatan.



Semasa menjalani bonnya itu, beliau juga mengambil sarjana muda dalam kerja sosial secara sambilan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Setelah hampir enam tahun menceburi bidang kerja sosial Cik Farahlina berkongsi beberapa cabaran yang dihadapinya ketika bekerja.



"Kami berkhidmat dengan klien yang menghadapi pelbagai masalah dan berdasarkan situasi yang mereka hadapi, kadangkala emosi saya juga terjejas.



"Saya hanyalah insan biasa dan saya kadangkala turut berasa sedih dan terjejas mendengar masalah mereka.



"Ini akan menyebabkan kami berasa keletihan dari segi emosi," jelas beliau lagi.



Untuk mengatasi emosi-emosi itu, Cik Farahlina berkata beliau beliau perlu rehatkan minda secara bertahap dan bersikap prihatin.



"Selain itu, saya juga perlu memastikan keseimbangan dalam menjalani kehidupan dan bekerja," tambah beliau yang menangani sekurang-kurangnya 30 kes.



"Saya rasa sama penting untuk mengingatkan diri saya dan menguruskan jangkaan bahawa saya tidak dapat membantu semua orang.



"Terdapat batasan dan ada perbezaan antara bersifat idealis dan kenyataan. Sudah tentu saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu namun tidak semua kes akan dapat diselesaikan seperti apa yang dijangkakan," ujar beliau.



Sungguhpun begitu, Cik Farahlina berkata bahawa pekerjaannya itu sangat bermakna dan menerusi pengalamannya, beliau kini lebih peka dengan sekitaran semasa.



"Tidak semua orang dikurniakan dengan kebaikan dan kesenangan dalam kehidupan. Oleh itu, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan cuba kurangkan pembaziran dan lebih peka dengan apa yang saya miliki," jelasnya lagi.



Mengulas lebih akan pekerjaannya, beliau berkata:



"Ketenangan, kesabaran dan empati adalah antara faktor utama, menyusuli pemikiran kritikal untuk menjadi seorang pekerja sosial."



Ciri-ciri ini boleh dipelajari menerusi latihan dan kursus, tambah Cik Farahlina lagi.



Meluahkan harapannya untuk masa depan, Cik Farahlina ingin melanjutkan pembelajaran dalam bidang kaunseling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >