Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesabaran masyarakat kini buahkan hasil sempena Ramadan: Presiden Halimah

Apr 15, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di sini telah menunjukkan daya tahan dan kesabaran yang luar biasa sepanjang Covid-19, kata Presiden Halimah Yacob.



Berkat kesabaran ini telah membuahkan hasil dengan pelonggaran sekatan, yang juga menyaksikan lebih ramai boleh menyertai kegiatan keagamaan di masjid.



"Saya bersyukur keadaan Covid-19 di Singapura semakin baik. Bulan Ramadan tahun ini disambut dengan lebih meriah. Lebih ramai dapat mengerjakan solat berjemaah, dengan masjid kini menawarkan lebih banyak ruang untuk tarawih dan kegiatan lain sepanjang Ramadan.



"Saya pasti perkembangan ini disambut baik oleh masyarakat kita. Inilah berkat kesabaran dan kecekalan kita dalam menempuhi cabaran Covid-19," kata Puan Halimah dalam ucapannya di acara Buka Puasa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang diadakan di Hab Islam Singapura semalam.



Juga hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman; dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.



Laporan lanjut :- Presiden Halimah puji institusi agama manfaat teknologi dekati masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >