Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesamaan dalam hukuman 'penting bagi lindungi keyakinan awam'

Mar 02, 2016 | 09:58 AM



HAKIM Besar Sundaresh Menon telah menjelaskan bahawa kesamaan dalam menjatuhkan hukuman penting bagi memelihara dan melindungi keyakinan orang ramai terhadap cara keadilan ditadbir.

Kenyataan beliau menekankan kes rayuan di mana seorang pesalah bersama yang memainkan peranan lebih serius dalam kesalahan merusuh dan mengganggu dikenakan hukuman probesen, manakala seorang lagi, yang merayu, dikenakan hukuman lebih berat menjalani pemulihan akhlak.

Didapati kemudian bahawa hakim daerah yang menjatuhkan hukuman ke atas pesalah kedua, Chong Han Rui, tidak tahu mengenai rakannya yang telah dikenakan hukuman oleh hakim lain pada bulan sebelumnya.

Chong mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan Jun lalu. Hakim daerah tidak mengenakan hukuman probesen antara lain berdasarkan faktor memburukkan dan keseriusan kesalahan itu.

Berdasarkan laporan prahukuman dan sokongan keluarga yang tidak mencukupi dan dicurigai, hakim berkata rancangan pemulihan akhlak hukuman paling sesuai.

Chong merayu menerusi peguam Justin Tan ke Mahkamah Tinggi di mana Hakim Besar Menon "risau" apabila mendapati rakan jenayah Chong, 'B', dihukum probesen walaupun "B pesalah lebih teruk".

Antara lain, B penghasut, manakala Chong seorang pengikut yang tidak menunjukkan darjah tidak menghormati undang-undang yang sama.

Hakim Besar memutuskan Chong tidak sepatutnya dihukum lebih berat daripada B.

Beliau berkata pesalah bersama lebih sesuai dihukum bersama oleh hakim yang sama. Tetapi jika ini tidak dapat dilakukan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan kepada mahkamah yang menjatuhkan hukuman semua bahan relevan berkaitan hukuman yang telah dijatuhi ke atas pesalah bersama.

Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada Selasa (1 Mac), beliau menjelaskan isu penting dalam menggunakan prinsip kesamaan "bukan apakah tertuduh bersama dilayan lebih lembut, tetapi apakah orang awam akan menanggap perayu mengalami ketidakadilan", sambil memetik satu kes British pada 1989.

Beliau menulis: "Keyakinan orang ramai dalam konteks ini menuntut hukuman dijalankan dengan mengambil kira elemen keadilan asas. Jika ini tidak berlaku, dan di mana pesalah bersama dalam satu perbuatan jenayah bersama dihukum dengan cara yang berbeza sama sekali, hukuman itu seolah-olah dikenakan sewenang-wenangnya dan ini menimbulkan kebimbangan asas peraturan undang-undang."

Semasa membenarkan rayuan itu, beliau mengenakan ke atas Chong hukuman probesen intensif dan terselia dengan syarat yang ditetapkan selama 27 bulan.

Beliau menegaskan bahawa seorang hakim rayuan wajar campur tangan dalam hukuman mahkamah daerah hanya jika keputusan itu salah, atau hakim daerah terkhilaf dalam menilai bahan di hadapannya, terkhilaf dari segi prinsip dalam menjatuhkan hukuman atau mengenakan hukuman berlebihan atau tidak mencukupi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >