Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesamaan lelaki, wanita asas penting bagi SG: Presiden Halimah

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



KESAMAAN antara lelaki dengan wanita merupakan satu tunggak asas bagi Singapura, dan ini dapat dilihat dalam pelbagai statistik dan senarai kedudukan sejagat, kata Presiden Halimah Yacob.



Puan Halimah berkata negara ini telah melaksanakan pelbagai usaha demi memastikan golongan wanita juga boleh berkembang maju dan diberi peluang yang sama dengan kaum lelaki.



Namun, banyak lagi boleh diusahakan untuk memperkukuh keadilan dalam masyarakat, tambah beliau.



"Sedang kita membincangkan dasar dan program khusus yang akan mempertingkat kehidupan wanita, kita juga perlu mempertimbangkan bagaimana kita boleh memperkukuh etos keadilan dalam masyarakat kita, di mana lelaki dan wanita bekerjasama sebagai sama taraf, maju bersama dan mengejar aspirasi mereka secara bebas, dan di mana kita menjaga golongan yang mudah terjejas dalam kalangan kita.



"Ini memerlukan perubahan minda masyarakat dan setiap orang - individu, keluarga, korporat, rakan masyarakat, pemerintah dan lain-lain - untuk memainkan peranan kita," kata beliau.



Puan Halimah berkata demikian semasa berucap secara dalam talian di Mesyuarat Global Forum Wanita 2021 semalam, yang diadakan di Paris.



Pelbagai usaha telah dilaksanakan Singapura dalam mempertingkatkan pembangunan wanita Singapura.



Misalnya, Piagam Wanita diluluskan pada 1961 untuk menginstitusikan kedudukan yang sama antara lelaki dengan wanita dalam perkahwinan dan menyediakan kebajikan dan perlindungan bagi wanita Singapura.



Negara ini juga telah mempertingkatkan khidmat penjagaan kesihatan bagi wanita, menubuhkan Pusat Khidmat Keluarga serata negara untuk menyokong wanita dan keluarga yang memerlukan, dan melaksanakan pendidikan universal.



Turut dilaksanakan adalah dasar serta inisiatif untuk memastikan kaum wanita dilayani sama seperti kaum lelaki.



Hasilnya positif - jangka hayat pada kelahiran bagi wanita ialah 86.1 tahun, lebih tinggi dari lelaki; kadar kematian ibu dan bayi Singapura antara terendah di dunia; kadar kecelikan huruf bagi wanita ialah 95.8 peratus dan separuh lulusan universiti ialah wanita.



Namun, Puan Halimah berkata untuk memperkukuh keadilan dan mempunyai perubahan minda dalam masyarakat, kerjasama seluruh masyarakat diperlukan.



Memberi antara contoh usaha memupuk budaya kerjasama yang telah dilakukan di sini, beliau berkata Singapura telah mendedikasikan tahun 2021 sebagai Tahun Meraikan Wanita Singapura, dan melancarkan siri Perbincangan Mengenai Pembangunan Wanita Singapura untuk memahami aspirasi dan isu yang menjejas wanita.



Puan Halimah turut menarik perhatian bahawa pandemik Covid-19 telah mengancam trend kemajuan pembangunan wanita yang dilihat di seluruh dunia, dengan terdapat banyak kajian yang menunjukkan wanita lebih terjejas dengan pandemik ini.



"Sepanjang 20 bulan lalu, krisis ini telah meningkatkan keganasan berdasarkan jantina, mengehadkan akses kepada pendidikan bagi budak perempuan, dan menambahkan lagi beban penjagaan dan kerja rumah yang sudah pun tidak sama rata dan dipikul wanita, justeru menjejas peluang pekerjaan mereka," kata beliau.



Puan Halimah berharap peserta Forum Wanita tahun ini akan memberi tumpuan dalam mengambil tindakan untuk mempertingkatkan kehidupan wanita.



Beliau berkata pandemik ini telah mendedahkan kelemahan sistem semasa dan menunjukkan bahawa dunia boleh pulih daripada krisis hanya jika semua bersatu-padu.



"Adalah penting bagi kita belajar daripada krisis ini dan bersiap sedia bagi masa depan dan cabaran tidak diketahui di hadapan.



"Saya menggesa anda menggunakan Forum Wanita ini sebagai sebuah platform bukan hanya bagi dialog dan perbincangan, namun juga untuk sama-sama mencipta huraian inovatif dan inklusif serta memperkukuh kebolehan satu sama lain untuk memberi impak," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >