Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan Covid-19 dan perubahan iklim kepada pelaburan negara diteliti

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



MESYUARAT untuk membincangkan had perbelanjaan pemerintah di bawah rangka kerja Pulangan Pelaburan Bersih (NIR) tahun ini memberi tumpuan kepada kesan jangka panjang Covid-19 dan perubahan iklim kepada pelaburan negara.



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob yang menemui Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, serta pegawai Kementerian Kewangan (MOF), bagi mesyuarat tahunan itu kelmarin.



Wakil kanan daripada firma pelaburan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek Holdings juga hadir dalam mesyuarat tersebut.



"Serupa dengan tahun-tahun lalu, kami membincangkan prospek ekonomi sejagat, kaedah dan asas bagi memperoleh dan mengesahkan unjuran oleh lembaga masing-masing.



"Tetapi pada tahun ini, kami juga memberi perhatian yang lebih besar kepada kesan jangka panjang Covid-19 dan perubahan iklim ke atas pelaburan kami, dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada jangkaan kadar pulangan jangka panjang (ELTRROR)," kata Presiden Halimah dalam satu catatan di Facebook.



"Saya berpuas hati agensi kita sedang meneliti isu ini," tambahnya.



ELTRROR bagi aset pelaburan negara merupakan satu parameter utama dalam perancangan Belanjawan Singapura.



Ia digunakan untuk menentukan jumlah rizab yang boleh dibelanjakan oleh pemerintah pada tahun fiskal yang akan datang.



"Saya telah merujuk cadangan itu kepada CPA (Majlis Penasihat Presiden) bagi mendapatkan nasihatnya, dan akan memberi respons saya kepada pemerintah setelah itu.



"Dengan persetujuan saya, pemerintah kemudiannya boleh menggunakan kadar ini kepada asetnya yang relevan, untuk memperoleh Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih bagi digunakan dalam Belanjawan 2022," ujar Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >