Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan Covid-19 terhadap rancangan jangka panjang Sentosa-Brani akan dikaji

Apr 11, 2022 | 09:42 PM



DESTINASI percutian ikonik Singapura sedang mengkaji semula rancangan jangka panjangnya berikutan pandemik Covid-19.


Pelan induk Sentosa-Brani, yang diumumkan pada 2019, bertujuan untuk membimbing pembangunan semula dua pulau itu menjadi destinasi pelancongan pilihan dalam tempoh dua hingga tiga dekad akan datang.


Jurucakap Sentosa Development Corporation (SDC) memberitahu The Straits Times bahawa ia sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk memahami trend yang berkembang dan mengkaji potensi peluang pelancongan baru dan mampan yang mungkin timbul daripada wabak itu.


Kajian semula itu dibuat di tengah-tengah dorongan untuk memulakan pemulihan pelancongan di Singapura, dengan pemerintah mengumumkan Rabu lalu (6 April) bahawa ia telah memperuntukkan hampir $500 juta untuk menyokong pemulihan industri itu.


SDC membuka tender pada 25 Februari lalu untuk kajian perundingan tentang kesan Covid-19 terhadap industri pelancongan, serta pelbagai tawaran yang diusulkan dalam pelan induk Sentosa-Brani.


Tender yang masih belum dianugerahkan itu ditutup Selasa lalu (5 April) dan menarik tujuh pembida.


SDC juga berkata ia sedang menjalankan kajian alam sekitar yang akan membimbing pembangunan akan datangnya.


Satu kajian, yang dimulakan pada 29 Mac, akan melihat kebolehlaksanaan alam sekitar bagi kerja-kerja pembangunan di bawah pelan induk Sentosa-Brani itu. Kerja-kerja penambakan berkemungkinan akan diteliti sebagai sebahagian daripada kajian tersebut.


Jurucakap itu menambah bahawa pembangunan di bawah pelan induk Sentosa-Brani akan dijalankan secara berperingkat. Beberapa kawasan boleh diberi nafas baru terlebih dahulu sedang rancangan untuk bahagian lain di kedua-dua pulau itu diperhalusi.


Maklumat lanjut akan diumumkan kelak, tambahnya.


Pelan induk itu akan melihat Pulau Brani - kini sebuah terminal pelabuhan - dan Sentosa dibahagikan kepada lima zon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >