Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan Covid-19: Tiket penerbangan SIA ke Jakarta bawah $200

Contoh beberapa syarikat penerbangan tawar promosi
Mar 11, 2020 | 05:30 AM



DEMI menarik pelanggan melancong, beberapa syarikat penerbangan telah mula menawarkan diskaun serta promosi dan pengecualian yuran bagi beberapa khidmat di tengah-tengah penularan Covid-19.



Menurut laman web syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), tiket penerbangan ke Jakarta misalnya, kini berharga $178 bagi kelas ekonomi dan ia boleh digunakan sehingga akhir Mei ini.



Harga promosi tersebut lebih rendah berbanding harga yang dikenakan semasa waktu-waktu sibuk dengan yang tertinggi ialah sekitar $500 bagi penerbangan ulang-alik.



Untuk ke Kuala Lumpur pula, harga tiket ulang-alik ialah sekitar $138 sahaja dan ke Denpasar, Bali, sekitar $198.



Syarikat penerbangan Malaysian Airlines juga menawarkan promosi serupa. Tiket penerbangan ke Jakarta ialah $179, manakala ke Kuala Lumpur ialah $121. Untuk ke Bali pula, harga tiket sekitar $189.



Dalam pada itu, Garuda Airlines turut tidak ketinggalan dengan harga tiket penerbangan ke Jakarta serendah $146 berbanding $396 sebelum ini.



Harga tiket ke Bali pula bermula dari $174 bagi kelas ekonomi berbanding harga asal sekitar $400.



Sedang koronavirus merebak secara meluas di peringkat global dan permintaan untuk melancong menjunam, syarikat penerbangan sedang gigih berusaha mencari cara untuk merancakkan perniagaan terutama semasa ketidaktentuan ekonomi sekarang di samping larangan perjalanan yang dikenakan beberapa negara.



Syarikat penerbangan Emirates kelmarin dalam satu kenyataan media berkata ia sedang menawarkan tambang penerbangan menarik bagi kelas ekonomi dan perniagaan mulai sekarang hingga akhir bulan Mac ini.



Mereka yang berminat boleh menikmati tambang ulang alik bermula dari $529 untuk ke Dubai bagi kelas ekonomi dan $2,419 bagi kelas perniagaan. Ini boleh digunakan sehingga 10 Disember tahun ini.



Bagi destinasi ke Australia pula, tambang khas itu dilanjutkan sehingga 19 Mac bagi perjalanan di antara 3 Mei dengan 19 September. Untuk ke Melbourne, misalnya, harga tiket penerbangan ialah $609.



Menyusuli keprihatinan dan keraguan penumpang menaiki kapal terbang, syarikat penerbangan Cebu Pacific juga akan membuat beberapa semakan kepada dasar tempahannya.



Penumpang yang menempah perjalanan ke Filipina dan perjalanan antarabangsa mulai semalam hingga akhir bulan ini, boleh menempah semula penerbangan mereka secara percuma.



Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Cebu Pacific semalam, syarikat penerbangan itu berkata ia komited untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang dan kakitangan.



"Langkah-langkah pencegahan diambil untuk mengawal risiko jangkitan Covid-19. Antara langkah ini termasuk menyahjangkit pesawat; tambahan kepada proses pembersihan biasa; menawarkan kru dengan alat perlindungan peribadi seperti pelitup muka, sarung tangan dan bahan penyahjangkit; sekatan terhadap menukar tempat duduk semasa dalam penerbangan dan menggunakan penapis udara HEPA (High Efficiency Particulate Air), yang menghalang 99.99 peratus virus dan bahan tercemar," kata kenyataan itu lagi.



Di samping itu yuran pertukaran akan dikecualikan bagi semua tempahan yang dibuat menerusi SIA dan SilkAir antara 6 Mac dengan 20 Mac ke semua destinasi.



Perubahan kepada tarikh penerbangan hanya sah jika tarikh perjalanan baru bermula sebelum 31 Mac.



Namun bagi mereka yang memilih untuk sebaliknya membatalkan penerbangan, pembayaran balik akan diberikan sejajar dengan syarat tambang tiket yang dibeli.



Langkah yang sama juga diambil syarikat penerbangan Qatar Airways dan Emirates.



Bagi Qatar Airways, penumpang yang telah menempah atau akan menempah penerbangan bagi perjalanan sehingga 30 Jun, mereka mempunyai dua pilihan sekiranya rancangan perjalanan berubah.



Mereka boleh sama ada menukar tarikh penerbangan secara percuma dengan yuran pertukaran dikecualikan jika tempahan diubah tiga hari sebelum tarikh keberangkatan.



Perbezaan tambang masih akan dikenakan.



Atau, mereka boleh menukar tiket bagi mendapatkan baucar perjalanan yang boleh digunakan sehingga tempoh setahun daripada tarikh ia diberikan.



Bagi Emirates pula, pelanggan boleh menukar tempahan kepada sebarang tarikh perjalanan dalam tempoh 11 bulan bagi kelas tempahan yang sama tanpa dikenakan yuran pertukaran.




"Langkah-langkah pencegahan diambil untuk mengawal risiko jangkitan Covid-19. Antara langkah ini termasuk menyahjangkit pesawat; tambahan kepada proses pembersihan biasa; menawarkan kru dengan alat perlindungan peribadi seperti pelitup muka, sarung tangan dan bahan penyahjangkit; sekatan terhadap menukar tempat duduk semasa dalam penerbangan dan menggunakan penapis udara HEPA (High Efficiency Particulate Air), yang menghalang 99.99 peratus virus dan bahan tercemar."
- Cebu Pacific dalam kenyataan media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >