Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan gigitan ternyata kuman bahaya yang memakan daging

Jun 03, 2023 | 07:25 PM



PADA dasarnya, ia kelihatan seperti gigitan nyamuk biasa.

Melihat kesan gigitan itu pada kaki anaknya, Cik Juliana Jorimi tidak terlalu memikirkan tentangnya dan menyangka ianya akan hilang dalam beberapa hari.

Namun, sangkaan beliau ternyata meleset dan gigitan itu mula menjadi sesuatu yang hampir mengambil nyawa anak kecilnya, Imraan Danish Nur Hisyam, yang ketika itu baru berusia dua tahun. 

“Memang pada waktu itu saya sangka ia cuma gigitan nyamuk biasa kerana kami baru pulang dari beriadah di luar bersama-sama. 

“Namun, selepas mendapati Danish kerap jatuh sakit dan kesan gigitan itu mula bertukar warna, saya pasti ini merupakan satu perkara yang serius dan segera membawanya ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak KK (KKH),” tambahnya.

Kesan gigitan itu sebaliknya merupakan jangkitan penyakit Streptokokus Kumpulan A, yang merupakan sejenis bakteria dalam tubuh yang bahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Hati Cik Juliana juga luluh selepas mendapat tahu bahawa Danish, kini enam tahun, terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong bahagian kanan kakinya, di bawah lutut, sebagai langkah untuk memastikan bakteria itu tidak merebak lagi.

Ibu tunggal tiga orang anak berusia antara tiga hingga sembilan tahun, akur beliau kini perlu bersikap positif agar anaknya itu juga dapat mengekalkan semangat yang sama untuk hidup seperti kanak-kanak biasa, meskipun terdapat kekurangan.

Cik Juliana juga berbesar hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh keluarga serta kenalan terdekat, termasuk kumpulan kitar semula, 3R Recycle, Sharing Is Caring, yang diterajui bersama oleh Cik Zarina Jaffar dan Cik Norlela Rahim.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 itu turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sokongan di sini.

“Keadaan Danish telah meningkatkan kesedaran saya sebagai seorang ibu tentang pentingnya tidak mengendahkan perkara seperti ini. 

“Saya juga ingin berkongsi kepada ibu bapa lain tentang penyakit ini menerusi perkongsian saya di media sosial, agar mereka tidak membuat kesilapan yang sama seperti saya,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >