Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERSPEKTIF S'PURA

Kesan pandemik perkukuh sistem sokongan sosial: Lawrence

Warga digesa bersedia untuk terus hidup dalam dunia yang sudah berubah
Jan 26, 2021 | 05:30 AM



KESAN pandemik Covid-19 telah meningkatkan dorongan bagi sokongan dan campur tangan pemerintah, dengan Singapura akan membuat peralihan tetap untuk memperkukuh sistem sokongan sosial, kata Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong.



Pandemik ini telah mengubah dunia, dan masyarakat mesti bersedia bagi lebih banyak perubahan berlaku, kata beliau ketika memberi ucapan sebelum satu sesi dialog di Persidangan Perspektif Singapura 2021 anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.



Encik Wong berkata bagi tahun ini dan mungkin sebahagian besar tahun depan, Singapura mesti bersedia untuk terus hidup dalam dunia yang sudah berubah, dengan langkah-langkah seperti memakai pelitup dan jarak selamat terus menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.



Meskipun pelancaran vaksin Covid-19 akan membolehkan penerbangan antarabangsa disambung semula secara berperingkat, Encik Wong berkata ia akan memerlukan masa bagi seluruh dunia menerima vaksin itu.



"Ia akan mengambil masa bagi vaksin dihasilkan dan diagihkan, dan bahkan lebih lama lagi sebelum dunia secara beransur-ansur membina imuniti," kata Encik Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 di sini.



Beliau menambah bahawa terdapat juga ketidakpastian tentang tempoh perlindungan dan keberkesanan yang ditawarkan vaksin tersebut terhadap varian virus yang baru.



Walaupun tidak ada pandemik yang akan berlangsung buat selama-lamanya, Encik Wong berkata ia mungkin akan mengambil masa empat hingga lima tahun sebelum Covid-19 ini berakhir dan permulaan sebuah norma pascapandemik berlaku.



Encik Wong berkata krisis pandemik ini boleh dilihat sebagai satu peluang untuk melakukan "pengemaskinian sofwe" atau permulaan semula bagi masyarakat menyusuli kerosakan dan gangguan yang dicetuskan virus itu.



Beliau mengetengahkan tiga perkara yang boleh "disetkan semula" - dengan yang pertama adalah berkenaan kompak sosial untuk muncul sebagai sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama daripada pandemik ini.



Menurut Encik Wong, sementara pandemik ini tidak bersifat diskriminasi dan boleh menjangkiti sesiapa saja, kesannya tidak setara, dengan segmen masyarakat yang lebih memerlukan mengalami impak lebih berat sama ada dari segi ekonomi atau akses kepada penjagaan kesihatan.



Walaupun Singapura memahami keperluan bagi gabungan pasaran terbuka dan campur tangan negara, pandemik itu telah mencetuskan keperluan lebih besar bagi pemerintah menyediakan sokongan.



"Kami mahu memberi rakyat Singapura lebih banyak jaminan dan sokongan dalam dunia pasca-Covid yang lebih tidak stabil," kata beliau.



Encik Wong menambah bahawa negara ini juga perlu memastikan meritokrasi tidak menjadi sebuah sistem keturunan yang tegar, dengan pemerintah menyediakan pelbagai campur tangan awal dari peringkat pranatal untuk mempertingkat kehidupan kanak-kanak dari usia kecil lagi.



Beliau turut berkata definisi merit harus diperluaskan di luar akademik dan keupayaan kognitif untuk merangkumi kemahiran seperti kraf, kreativiti dan sentuhan manusia.



Bidang kedua yang boleh "disetkan semula" ialah dorongan bagi sebuah Singapura yang lebih hijau, dengan kemampanan boleh menjadi satu sumber kelebihan daya saing baru untuk negara ini sebagai sebuah hab perdagangan dan perkhidmatan karbon di Asia dan sebagai pusat utama bagi pembiayaan hijau di rantau dan sejagat.



Terakhir sekali, beliau berkata pandemik ini membuka peluang bagi Singapura memperkukuh perpaduan sosial.



Melalui krisis bersama boleh membawa kepada perpaduan yang lebih besar, dan Encik Wong berkata beliau yakin ini akan menjadi laluan Singapura.



"Rasa perpaduan diperbaharui ini adalah penting sedang kita pulih, dan ini akan membolehkan kita membina sebuah masyarakat yang lebih baik bersama," kata beliau.




DUNIA BERUBAH



"Virus ini telah mengubah dunia kita dan kita perlu bersedia bagi lebih banyak perubahan… Bagi tahun ini dan mungkin sebahagian besar tahun depan, kita mesti bersedia untuk terus hidup dalam dunia yang sudah banyak berubah. Ini bermakna peraturan seperti memakai pelitup, menjaga jarak selamat dan mengelakkan tempat yang ada ramai orang - ini akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan harian."
- Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >