Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan pelaksanaan caj jalan M'sia ke atas kereta S'pura mula terasa

Beberapa peniaga akur kunjungan warga Singapura mula berkurang
Nov 14, 2016 | 05:30 AM



CAJ jalan RM20 ($6.60) yang dikenakan oleh Malaysia menyebabkan warga Singapura tidak menyeberang masuk ke Malaysia sekerap sebelum ini dan memberikan kesan yang agak teruk kepada peniaga di Johor.



Para peniaga di Johor Bahru khususnya mula berasakan kesannya dengan ramai yang mula mengeluh kekurangan pelanggan dari Singapura.



Ada peniaga yang mendakwa kehilangan sehingga 50 peratus pelanggan.



Sentimen itu dikongsi oleh pekedai, kedai cuci kereta, kedai pengurup wang dan restoran di Johor Bahru.



"Minggu pertama selepas caj jalan, saya dapat rasakan kesan ketiadaan pelanggan Singapura.



"Sebelum caj jalan, saya dapat 50 pelanggan tetapi kini hanya 30 orang," ujar penyelia pusat cuci kereta Arani berdekatan pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.



Sejak 1 November lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenakan caj jalan RM20 ke atas kereta asing yang memasuki negara itu menerusi laluan Tambak dan Laluan Kedua.



Namun ia dijangka tidak memberi kesan jangka panjang kepada corak perjalanan warga Singapura ke seberang Tambak.



Peniaga tukaran wang berdekatan CIQ, Encik Tan Eng Choong, akur pelanggan warga Singapura berkurang sejak awal bulan ini.



"Warga Malaysia yang bekerja di Singapura yang menaiki motosikal tidak terjejas tetapi saya perhatikan mereka yang memandu kereta Singapura berkurang sehingga 30 peratus," kata beliau.



Peniaga tukaran wang di Merlin Tower, Cik Jenny Foo, ketika dihubungi pula berkata ia bergantung pada keadaan.



"Tempat saya ramai pelanggan yang menaiki bas. Jadi tidak banyak perubahan," jelasnya.



Ramai peniaga mula mengeluh bukan sahaja sejak caj jalan diperkenal, malah sejak Malaysia melaksanakan kenaikan tol lebih 500 peratus di Kompleks CIQ Johor Bahru pada 1 Oktober 2014.



Singapura juga menaikkan kadar tol keluar masuk Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands.



"Selepas tol dikenakan, perniagaan saya merosot sehingga 10 peratus. Saya pernah mempunyai ramai pelanggan dari Singapura tetapi ia telah berkurang sejak itu dan terus mendatar hingga hari ini.



"Setelah caj jalan ini, saya jangka ia akan terus turun," ujar peniaga kuih di Plaza Angsana, Cik Kamilah Hussin.



Rakyat Singapura secara perlahan-lahan tidak lagi melihat Johor sebagai destinasi untuk dikunjungi.



"Jika saya merancang ke Johor, saya membuat kira-kira terlebih dahulu, sama ada ia benar-benar menguntungkan setelah menolak kos tol dan caj jalan," ujar Encik Kasmani Awang, 48 tahun, seorang warga Singapura.



Beliau merancang memasuki Johor sebulan sekali selepas caj jalan dikenakan, berbanding setiap dua minggu sebelum ini.



Namun ada yang berpendapat bahawa caj jalan itu dijangka tidak memberi kesan jangka panjang kepada corak perjalanan warga Singapura ke seberang Tambak.



Pemilik restoran Dapor Warisan yang baru dibuka di Kg Sg Chat, Johor Bahru, Encik Yusaini Ali, berkata:



"Sejauh ini restoran saya tidak banyak terjejas. Saya mempunyai ramai pelanggan dari Singapura.



"Pada saya, jika kita menawarkan makanan yang unik, pelanggan akan tetap datang."



Cik Nur Farhana Mohd Razali, pemilik Pink Daisy Bakery and Cafe di Taman Perling yang mempunyai sekitar 30 peratus pelanggan dari Singapura, berkata beliau belum nampak kesan ketara sejak caj jalan itu diperkenal.



Namun, beliau akur bahawa memang ada nampak penurunan sejak beberapa bulan lalu.



"Bagi mengatasi penurunan ini, kami membuat promosi istimewa untuk warga Singapura," ujar beliau.




"Minggu pertama selepas caj jalan, saya dapat rasakan kesan ketiadaan pelanggan Singapura. Sebelum caj jalan, saya dapat 50 pelanggan tetapi kini hanya 30 orang."
- Penyelia pusat cuci kereta Arani berdekatan (CIQ).



"... Saya perhatikan mereka yang memandu kereta Singapura berkurang sehingga 30 peratus."
- Encik Tan Eng Choong, peniaga tukaran wang berdekatan CIQ.



"Selepas tol dikenakan, perniagaan saya merosot sehingga 10 peratus. Saya pernah mempunyai ramai pelanggan dari Singapura tetapi ia telah berkurang sejak itu dan terus mendatar hingga hari ini. Setelah caj jalan ini, saya jangka ia akan terus turun."
- Cik Kamilah Hussin, peniaga kuih di Plaza Angsana.



"Jika saya merancang ke Johor, saya membuat kira-kira terlebih dahulu, sama ada ia benar-benar menguntungkan setelah menolak kos tol dan caj jalan."
- Encik Kasmani Awang, 48 tahun, warga Singapura.



"Sejauh ini restoran saya tidak banyak terjejas. Saya mempunyai ramai pelanggan dari Singapura. Pada saya, jika kita menawarkan makanan yang unik, pelanggan akan tetap datang."
- Encik Yusaini Ali, pemilik restoran Dapor Warisan di Kg Sg Chat, Johor Bahru.



"Bagi mengatasi penurunan ini, kami membuat promosi istimewa untuk warga Singapura."
- Cik Nur Farhana Mohd Razali, pemilik Pink Daisy Bakery and Cafe di Taman Perling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >