Kesan positif zakat dalam diri individu, masyarakat dan negara, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PANDANGAN

Kesan positif zakat dalam diri individu, masyarakat dan negara

Apr 30, 2021 | 05:30 AM

ZAKAT adalah sebuah ibadah maliyah yang diwajibkan ke atas seorang Muslim - mengeluarkan hartanya dengan kadar dan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan telah ditetapkan oleh agama.

Ibadah ini telah disyariatkan sebelum ibadah puasa diwajibkan iaitu pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah.

Kewajipan zakat ini bertepatan dengan firman-firman Allah swt dan di antaranya dalam surah An-Nur pada ayat ke-56:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat."

HIKMAH ZAKAT

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Zakat adalah salah satu Rukun Islam yang lima. Antara hikmah dan tujuan Allah swt mensyariatkannya ialah:

  • Amalan berzakat boleh membiasakan diri orang yang membayar zakat supaya bersifat pemurah dan suka membantu. Amalan tersebut juga boleh membuang sifat kedekut dan bakhil;
  • Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pembayar zakat dengan anggota masyarakat yang lain;
  • Zakat berperanan untuk memastikan sesebuah anggota masyarakat itu menjadi lebih sempurna dan berfungsi memelihara masyarakat daripada jurang perbezaan taraf sosial yang ketara;
  • Zakat merupakan amalan yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki.
    Sifat-sifat tersebut akan merebak dalam masyarakat jika hilang sifat berkasih sayang, tolong-menolong dan saling bersimpati; dan
  • Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara.

KESAN ZAKAT

Dari penjelasan mengenai hikmah zakat, ia menunjukkan bahawa kesan pelaksanaan zakat bukan semata-mata dilihat dari sudut keperluan memenuhi perintah agama.

Namun, ia dapat memberikan kebaikan dan kesan positif dalam diri individu, masyarakat dan negara.

Kesan zakat terhadap diri individu:

  • Membawa kepada kesempurnaan keIslaman dan keimanan seseorang kerana memenuhi rukun Islam dan meringankan kesusahan saudaranya yang lain; dan
  • Dapat menanam dalam dirinya sifat yang terpuji dan menjauhkan diri dari sifat yang buruk dan keji.

KESAN ZAKAT TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

  • Menjadikan masyarakat Islam umpama satu keluarga besar yang saling bersatu padu dan berkasih sayang. Ini kerana dengan zakat, ia bererti yang kaya menolong yang miskin dan orang yang berkemampuan akan menolong orang yang dalam kesusahan;
  • Menghalang dari timbulnya perasaan amarah dan berlakunya jenayah seperti pencurian. Ini kerana dengan zakat, sebahagian keperluan anggota masyarakat yang hidupnya dalam kemiskinan dapat dipenuhi; dan
  • Dengan wujudnya persefahaman dan kasih sayang di kalangan anggota masyarakat, ia akan mewujudkan keamanan dan ketenteraman di dalam negara tersebut.

GANJARAN BAGI YANG MENUNAIKAN ZAKAT

Setiap kewajipan dalam Islam pasti akan dijanjikan dengan ganjaran dari Allah swt.

Amalan zakat juga tidak terkecuali. Antara ganjaran yang dijanjikan Allah swt bagi seseorang yang menunaikan zakat adalah:

  • Diberikan ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan harta semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya;
  • Allah akan memberkati dan menambah hartanya dengan menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang memudaratkannya dan memeliharanya daripada gangguan manusia.
    Nabi saw bersabda: "Zakat itu tidak mengurangi harta." (HR Muslim);
  • Menjadi sebab diampuni dosa-dosanya dan dimasukkan syurga. Nabi saw bersabda:

"Sedekah itu akan memadamkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api." (HR Tirmizi)

TANGGUNGJAWAB

Amalan berzakat merupakan salah satu tanggungjawab bagi setiap Muslim yang berkewajipan dan berkemampuan menunaikannya.

Maka itu, tunaikanlah zakat supaya kehidupan kita semua akan dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan dari-Nya.

  • Penulis ialah Naib Presiden 1, Persatuan Muhammadiyah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map