Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Kesan sampingan vaksin Covid-19: 296 terima bantuan kewangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesan sampingan vaksin Covid-19: 296 terima bantuan kewangan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM

SERAMAI 296 pesakit layak terima bantuan kewangan pemerintah di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap) kerana kesan sampingan yang serius berkaitan vaksin Covid-19 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Ini lebih daripada 144 pemohonan berbanding Ogos 2021, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

MOH berkata sejumlah $1,262,000 telah dibayar atau sedang dalam proses pembayaran.

Ia meningkat daripada $782,000 pada Ogos lalu.

Bayaran Kategori 1 sebanyak $225,000 telah diberikan kepada dua pemohon buat masa ini.

Kedua-dua kuantum pembayaran dan bilangan pemohon yang layak ke kategori teratas kekal tidak berubah sejak terakhir kementerian membuat kemas kini mengenai pengeluaran Vifap Ogos lalu, kata MOH seperti yang dilaporkan akhbar The Straits Times.

Untuk melayakkan diri bagi permohonan Vifap, individu tersebut mestilah warga Singapura, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang yang telah divaksinasi di bawah program vaksinasi Covid-19 nasional mengikut saranan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19.

Mereka mesti mengalami kesan sampingan yang serius yang perlu dimasukkan ke hospital, menyebabkan ketidakupayaan atau hilang upaya yang berterusan, atau membawa maut.

Mereka akan dinilai oleh doktor berkaitan dengan vaksinasi Covid-19 individu itu.

Setiap permohonan akan dinilai oleh panel klinikal bebas yang dilantik oleh MOH.

Tiga kategori bantuan kewangan disediakan untuk pesakit yang layak, dengan pembayaran berdasarkan betapa teruknya kesan sampingan mereka.

Kategori pertama, yang menyebabkan kematian atau menyebabkan keadaan kurang upaya tetap, diperuntuk bayaran sekali $225,000.

Kategori kedua bagi kes-kes di mana pesakit dimasukkan ke wad jagaan rapi dan menyusuli itu pulih, diperuntuk bayaran $10,000.

Kategori ketiga, bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan, dan menyusuli itu pulih, diperuntuk bayaran $2,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3