Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan sampingan vaksin lebih ketara jika sistem imun lebih kuat

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



KESAN sampingan yang dialami mereka yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lebih ketara bagi individu yang mempunyai sistem imun lebih kuat seperti orang muda dan wanita.



Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.



Namun, ini tidak bermakna vaksin Covid-19 kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami kesan sampingan tersebut, menurut para pakar.



"Kesan sampingan yang sering dialami seperti sakit lengan, sengal-sengal pada otot, demam, pening kepala dan keletihan adalah hasil kereaktifan (reactogenicity) - manifestasi fizikal sistem imun kita yang bertindak balas terhadap vaksinasi tersebut," kata Penolong Profesor Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS) Saw Swee Hock.



"Tiada kaitan secara langsung antara ketiadaan atau kehadiran kesan sampingan reaktifogenik dengan keberkesanan vaksin.



"Jadi, mereka yang tidak mempunyai kesan sampingan juga berkemungkinan akan dilindungi oleh vaksin itu," jelas beliau.



Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min, berkata:



"Kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun kita berfungsi."



Pun begitu, beliau menambah bahawa keberkesanan vaksin pada orang tua belum dapat dikaji dengan baik setakat ini.



Secara teori, ini bermakna vaksin kurang berkesan pada orang yang lebih tua kerana kekurangan sel T yang ada dalam tubuh mereka untuk bertindak balas terhadap vaksin.



Sel T merupakan sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, lapor The Straits Times.



Ini tidak bermakna warga tua tidak patut mendapatkan vaksin, malah sebaliknya.



"Disebabkan sistem imun mereka yang semakin menua, (warga tua) mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami simptom teruk, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau mati jika dijangkiti," ujar Dr Ling.



Beliau menambah bahawa kajian di Britain menunjukkan bahawa bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 86 peratus dalam mencegah jangkitan simptomatik Covid-19 lebih 14 hari setelah dos kedua.



Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dengan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.



Vaksin Moderna juga menunjukkan trend serupa dengan mereka berusia 18 hingga 64 tahun melaporkan kesan sampingan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.



Dalam kedua-dua percubaan itu, kesan sampingan lebih kerap dilaporkan setelah suntikan kedua.



Sementara itu, di Singapura, para doktor berkata mereka merawat segelintir pesakit setiap minggu yang mengalami reaksi vaksin, sambil berkata orang muda lebih cenderung mengalami kesan sampingan yang lebih ketara.



Doktor keluarga di Mission Medical Clinic, Dr Leong Choon Kit, berkata, beliau berjumpa sekitar satu pesakit setiap hari bagi reaksi vaksin, kebanyakan daripada mereka merupakan pendidik yang berusia antara 20-an dengan 30-an tahun.



Jarang sekali beliau berjumpa warga emas yang mengalami kesan serupa.



Dr John Cheng, ketua rawatan utama dan doktor keluarga di Healthway Medical Group, berkata beliau perhatikan trend serupa bagi pesakit yang berjumpa dengannya dan pekerja Healthway yang telah divaksinasi yang lebih muda.



Namun, beliau menambah, faktor lain seperti keadaan kesihatan sedia ada juga boleh mempengaruhi tindak balas seseorang terhadap vaksin tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >