Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS

Kesan serius jika tidak rancang dedah status anak angkat dengan betul

Apr 10, 2022 | 05:30 AM



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) baru-baru ini memperkenalkan Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat yang akan melindungi dengan lebih baik kebajikan kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat. Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan Akta Pengambilan Anak Angkat 1939 yang kali terakhir dipinda pada 1985, dan menggubal semula Akta Pengambilan Anak Angkat 2022. Dalam laporan berikut, pengarah Pusat Khidmat Sosial Apkim (ACOSS), yang merupakan antara agensi pengambilan anak angkat yang dibenarkan MSF, mengongsi pandangannya tentang beberapa perubahan yang diusulkan. Seorang bapa angkat turut mengongsi pengalamannya melalui proses mengambil anak tirinya sebagai anak angkat.



PENDEDAHAN status anak angkat, jika tidak dirancang dengan betul, boleh mempunyai akibat serius dan traumatik terhadap kesejahteraan emosi seorang anak angkat.



Justeru, Pengarah Pusat Khidmat Sosial Apkim (ACOSS), Cik Siti Adilah Abu Bakar, mengalu-alukan rancangan pemerintah untuk mewajibkan taklimat mengenai pendedahan status anak angkat kepada mereka yang merancang mengambil anak angkat.



ACOSS menawarkan khidmat pengambilan anak angkat dan memadankan kanak-kanak Melayu/Islam kepada ibu bapa angkat.



"Ketidaktahuan tentang isu berkaitan pendedahan boleh menyebabkan mereka yang merancang mengambil anak angkat salah faham tentang pentingnya pendedahan kepada anak angkat, atau membuat pendedahan tanpa mempersiapkan anak itu dengan secukupnya untuk menyedari bahawa dia telah diambil sebagai anak angkat," kata Cik Siti Adilah.



Mewajibkan taklimat itu adalah antara perubahan meluas yang dibuat kepada undang-undang dan amalan pengambilan anak angkat di Singapura di bawah Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat yang dibentangkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) awal minggu ini.



Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan Akta Pengambilan Anak Angkat 1939 yang kali terakhir dipinda pada 1985, dan menggubal semula Akta Pengambilan Anak Angkat 2022.



Perubahan yang diusulkan itu bertujuan mencari tempat tinggal yang baik bagi setiap kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat.



Ia juga bertujuan menghentikan kitaran penganiayaan dan pengabaian, serta menghalang tingkah laku yang tidak diingini dalam sektor anak angkat.



TAKLIMAT MANDATORI



Antara perubahan utama yang diusulkan ialah semua orang yang mahu mengambil anak angkat perlu mengikuti dua taklimat mandatori, iaitu taklimat pra-pengambilan anak angkat dan taklimat pendedahan status anak angkat.



Semua orang yang mahu mengambil anak angkat juga akan perlu menjalani Penilaian Kesesuaian Pengambilan Anak Angkat (ASA).



"Mewajibkan taklimat pra-pengambilan anak angkat, taklimat pendedahan, dan ASA memberi petunjuk jelas kepada pemohon tentang pentingnya pendedahan dan pentingnya mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pengambilan anak angkat, sebelum membuat keputusan dan komitmen yang mengubah kehidupan itu," kata Cik Siti Adilah.



Buat masa ini, semua orang perlu menghadiri taklimat pra-pengambilan anak angkat sebelum membuat permohonan tetapi tidak semua orang perlu menjalani penilaian kesesuaian. Taklimat pendedahan pula bukan satu keperluan.



Tetapi walaupun taklimat pendedahan status akan diwajibkan, MSF berkata ibu bapa angkat tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk memberitahu anak mereka bahawa dia adalah anak angkat.



PERSEKITARAN LEBIH BAIK



Rang undang-undang itu juga memperjelaskan lagi ambang dan keadaan yang diusulkan, serta menyatakan lebih banyak sebab di mana proses pengambilan anak angkat boleh diteruskan tanpa kebenaran ibu bapa kandung.



Ini termasuk kes di mana ibu bapa kandung dengan sengaja menyebabkan "kecederaan teruk" kepada kanak-kanak itu atau gagal memberikan penjagaan yang sesuai dalam tempoh yang berpanjangan, kata MSF.



Cik Siti Adilah berkata bagi kes di mana ibu bapa kandung tidak dapat memberikan penjagaan tetapi enggan memberi kebenaran untuk anak mereka diambil sebagai anak angkat, pindaan itu berpotensi membolehkan kanak-kanak itu ditempatkan dalam persekitaran yang lebih baik, lebih awal.



"Ini akan mengurangkan gangguan dan membolehkan kanak-kanak berada dalam keluarga yang selamat, stabil dan penyayang. Ia lebih baik untuk kanak-kanak itu," katanya.



Beliau menambah, pindaan itu juga akan memberi isyarat jelas bahawa ibu bapa kandung tidak boleh terus meletakkan anak mereka dalam persekitaran yang tidak sihat, kerana akan ada akibat jelas untuk tingkah laku mereka dengan pindaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >