Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan serius vaksinasi Covid-19 jarang berlaku, jejas 4 dalam 100,000 orang di S’pura

May 06, 2021 | 06:56 PM



SEBANYAK 20 kesan alahan teruk dan berpotensi meragut nyawa yang dikenali sebagai anafilaksis telah dilaporkan, sejak empat bulan lebih vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran bermula di sini.



Jumlah itu antara 95 kes kejadian serius yang berkaitan dengan vaksin Covid-19, menurut maklumat keselamatan pertama vaksin mRNA Covid-19 yang digunakan di sini dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Kesan serius ini jarang berlaku, dengan kes itu hanya merangkumi 0.004 peratus daripada lebih 2.2 juta dos yang diberikan dari 30 Disember hingga 18 April, kata HSA.



Secara keseluruhan, kira-kira 0.13 peratus dos yang diberikan menyebabkan kesan teruk yang disyaki.



Sekitar 70 peratus daripada kes itu melibatkan mereka berusia 60 tahun ke bawah, meskipun mereka terdiri daripada sekitar separuh daripada mereka yang telah mengambil vaksin.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sehingga 18 April, lebih 1.36 juta orang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan hampir 850,000 orang telah selesai menjalani rejimen vaksinasi dengan mengambil kededua dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >