MENGENANG LEE KUAN YEW
Kesatuan buruh peringati bapa pengasas
Hari ini genap setahun Bapa Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, menghembuskan nafas terakhirnya. Meskipun setahun sudah berlalu, nilai yang beliau pupuk ternyata terus mekar dalam masyarakat Singapura. Gambar-gambar berikut memaparkan antara nilai yang beliau pegang dan perjuangkan itu.
KESATUAN buruh semalam mengadakan satu upacara memperingati ulang tahun pertama kematian Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.
Dalam upacara di Pusat NTUC di 1 Marina Boulevard itu, Setiausaha Agung Kesatuan Gabungan Pekerja Awam Bergaji Hari (AUPDRW), Encik G Muthukumarasamy, yang menerima salah satu kelongsong peluru meriam daripada upacara tembak kehormatan meriam 21 das semasa perarakan jenazah mendiang Encik Lee turut menyampaikan kelongsong peluru meriam itu kepada Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang diwakili Presidennya, Cik Mary Liew, serta Setiausaha Agungnya, Encik Chan Chun Sing.