Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesatuan komited laksana kenaikan CPF, usia bersara tahun depan

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



PIHAK kesatuan komited untuk memastikan pelaksanaan kenaikan sumbangan CPF, usia persaraan dan pengambilan bekerja semula bagi pekerja lanjut usia pada tahun depan, setelah ditangguh setahun, ekoran pandemik Covid-19.



Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How, berkata ini perlu dilakukan dan tidak seharusnya ditangguh lagi demi membantu golongan pekerja itu dapat menabung untuk persaraan serta terus menyumbang kepada ekonomi.



Bercakap dalam satu sesi media menjelang Belanjawan 2020 menerusi maya kelmarin, beliau turut menekankan pentingnya latihan berterusan untuk pekerja agar dapat terus menyesuaikan diri dengan model perniagaan baru.



Dalam hal ini, Encik Heng berharap untuk menambah jumlah jawatankuasa latihan syarikat (CTC) demi memastikan sistem latihan lebih tersusun, terutamanya untuk pekerja lanjut usia.



Inisiatif CTC di bawah NTUC, bertujuan mengenal pasti keperluan latihan pekerja dan mereka program latihan bagi melengkapi golongan itu dengan kemahiran diperlukan.



Kenaikan kadar sumbangan CPF oleh majikan dan pekerja - sebanyak 0.5 mata peratusan atau 1 mata peratusan - bagi pekerja berusia 55 tahun hingga 70 tahun, berdasarkan usia pekerja, telah ditangguhkan daripada 1 Januari tahun ini kepada Januari 2022.



Usia persaraan dinaikkan daripada 62 tahun kepada 63 tahun dan usia pengambilan bekerja semula daripada 67 tahun kepada 68 tahun, turut ditangguh setahun kepada Julai 2022.



Encik Heng, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), berkata NTUC tetap berpendirian bahawa rancangan kenaikan itu wajar dilaksanakan tahun depan seperti yang dirancangkan.



"Gesaan ini dibuat atas sebab yang khusus, iaitu membolehkan sumbangan dan memastikan mereka memenuhi bagi kecukupan persaraan.



"Keputusan menangguhkan kenaikan sumbangan CPF adalah satu situasi kecemasan kerana semasa pemutus litar, banyak pemberhentian pekerja berlaku dan anda tidak mahu satu segmen pekerja khusus dianggap lebih berkos tinggi... jadi kami fikir ia perlu ditangguh.



"Tetapi secara keseluruhan, ia tidak boleh ditangguhkan lagi," ujar beliau.



Menurut Encik Heng, keputusan menangguhkan kenaikan tersebut dibuat dengan tujuan memelihara pekerjaan untuk golongan tersebut.



"Namun kita tidak boleh selama-lamanya menggunakan hujah itu kerana ada sebab mengapa kita putuskan untuk membuat kenaikan ini sebelum Covid-19 - iaitu demi sumbangan mereka yang berterusan di tempat kerja, memberi peluang dan pilihan bekerja," jelas Encik Heng.



Pada masa sama, beliau berkata jumlah syarikat berkesatuan yang sudah membuat kenaikan itu - menaikkan usia persaraan atau pengambilan bekerja semula atau kededuanya sekali - telah berganda kepada 100 sehingga Ogos 2019.



Bagi memastikan latihan berterusan, Encik Heng menggalak pembentukan CTC yang dapat menyediakan latihan lebih tersusun.



"Dengan adanya CTC, anda boleh menghimpun kesatuan dan syarikat, jadi terdapat sokongan dan kebertanggungjawaban bersama untuk menggerakkan latihan.



"Jadi ini sebenarnya membolehkan kita bersama-sama membuat perancangan yang tepat dan lebih awal, daripada berlakunya satu kejutan, atau lebih buruk lagi, memberi kejutan kepada pekerja yang hanya mengakibatkan 'mangsa yang tidak diperlukan'," ujarnya.



Justeru, Encik Heng berharap menambah jumlah CTC dan memastikan mereka berkesan dan benar-benar menjana keputusan.



"Dalam membuahkan hasil, saya amat berharap CTC semasa menghasilkan latihan syarikat, anda tidak akan melupakan pekerja mapan. Ini penting untuk memastikan minda majikan turut memikirkan golongan itu dalam perancangan anda..." ujar beliau.



Satu lagi gesaan Encik Heng ialah agar majikan terus memastikan kesihatan di tempat kerja untuk semua lapisan pekerja, termasuk yang lanjut usia, pasca pandemik.




"Keputusan menangguhkan kenaikan sumbangan CPF adalah satu situasi kecemasan kerana semasa pemutus litar, banyak pemberhentian pekerja berlaku dan anda tidak mahu satu segmen pekerja khusus dianggap lebih berkos tinggi... jadi kami fikir ia perlu ditangguh. Tetapi secara keseluruhan, ia tidak boleh ditangguhkan lagi."
- Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How (atas).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >