Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Kesedaran bagi perluas 'ruang selamat' untuk bincang isu berkaitan agama, kaum

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesedaran bagi perluas 'ruang selamat' untuk bincang isu berkaitan agama, kaum

Aug 11, 2021 | 05:30 AM

BEBERAPA insiden sejak kebelakangan ini telah mencetus kesedaran dan kesempatan untuk membincangkan isu berkaitan kaum dan agama.

Ia juga menyerlahkan segolongan anggota masyarakat yang bersedia untuk tampil membincangkan isu-isu penting itu dan membentuk perkembangan yang positif daripadanya.

Untuk itu, keperluan bagi ruang selamat untuk perbincangan seperti ini semakin meningkat supaya insiden serta pengalaman yang dilalui diambil peduli dan tidak disorok, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.

Pada masa yang sama, kewujudan ruang-ruang selamat ini tidak bermakna ia 'selamat' untuk mengutarakan semua pandangan tanpa ditapis kerana ini akan membuka rekahan di mana idea negatif, termasuk yang menyokong pegangan taksub ke atas kaum tertentu, boleh meresap dalam masyarakat.

"Ada yang memahami maksud ruang selamat ini sebagai ruang untuk berkata apa saja idea yang mereka miliki dan ini ada kala menjadi terlampau, kerana ini termasuk idea-idea yang menyokong pegangan taksub atau menuduh.

"Contohnya: Kerana mereka kaum minoriti yang terjejas oleh perkauman, mereka tak perlu memainkan peranan untuk memperbaiki keadaan," ujarnya.

Dr Janil, yang juga pengerusi OnePeople.sg, berkata demikian dalam ucapan pembukaannya bagi dialog anjuran hash.peace, yang bertujuan jadi mangkin perbualan tentang inklusiviti dan budaya keamanan yang diadakan secara dalam talian Sabtu lalu.

Dr Janil menambah, ini bukan tujuan utama ruang-ruang selamat itu diwujudkan kerana semua anggota masyarakat memainkan peranan penting.

"Memang betul anda mungkin terkesan oleh sesuatu yang terjadi, namun perlu diingat bahawa anda juga berupaya melakukan sesuatu yang meninggalkan kesan terhadap orang lain," katanya.

Justeru, beliau menekankan supaya selain mengutarakan pandangan di ruang-ruang tersebut, anggota masyarakat juga perlu bersedia mendengar dan belajar daripada pengalaman orang lain.

Dalam pada itu, peranan penting belia dalam menerajui perbincangan isu-isu penting dalam masyarakat demi membentuk masa depan Singapura yang lebih cerah turut ditekankan Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan, Encik Alvin Tan, yang turut hadir dalam dialog itu.

"Suara belia begitu penting dalam perbincangan tentang keharmonian sosial di tahap nasional.

"Perspekif, pandangan dan semangat belia mendorong inovasi dan juga perubahan. Mereka memaparkan minat yang mendalam terhadap isu yang diperjuangkan, dan pihak berkepentingan berbeza boleh bekerjasama dengan mereka untuk membentuk pendekatan menyeluruh terhadap isu masyarakat yang meninggalkan kesan terhadap mereka," ujarnya.

Dialog semalam merupakan penutup bagi siri Hash.Peace Conversations yang bertujuan mengetengahkan topik berkaitan keharmonian sosial dan isu kaum yang berlangsung selama sebulan.

Wadah silang agama hash.peace bertujuan memupuk titik persefahaman dan toleransi menerusi kegiatan bercorak silang agama.


"Ada yang memahami maksud ruang selamat ini sebagai ruang untuk berkata apa saja idea yang mereka miliki dan ini ada kala menjadi terlampau, kerana ini termasuk idea-idea yang menyokong pegangan taksub atau menuduh. Contohnya: Kerana mereka kaum minoriti yang terjejas oleh perkauman, mereka tak perlu memainkan peranan untuk memperbaiki keadaan... Memang betul anda mungkin terkesan oleh sesuatu yang terjadi, namun perlu diingat bahawa anda juga berupaya melakukan sesuatu yang meninggalkan kesan terhadap orang lain."
- Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3