Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesefahaman kaum, agama kekal utuh di sebalik perbezaan

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



DALAM membincangkan isu berkaitan kaum dan agama, generasi muda dan tua mempunyai pendekatan dan pendapat berbeza.



Jika generasi tua mengambil pendekatan lebih sensitif dalam membincangkan isu-isu kaum dan agama, generasi muda pula mahukan perbincangan lebih terbuka berkaitan hal kaum dan agama.



Namun, penting untuk kita sedari bahawa kedua-duanya mempunyai niat yang serupa yang berputik daripada keinginan memastikan Singapura terus menjadi negara yang harmoni dan nyaman bagi semua bangsa dan agama.



Menyatakan demikian, Menteri Pendidikan Lawrence Wong, berkata generasi tua yang telah melalui atau menyaksikan sendiri konflik perkauman masa lalu "tahu betapa susahnya perjalanan kita saban tahun untuk mencapai apa yang kita ada hari ini".



Lain pula dengan generasi muda yang mempunyai perspektif berbeza kerana "mereka membesar dalam zaman keamanan dan harmoni dan percaya perbezaan kaum antara kita merupakan suatu yang silam dan tidak terlalu relevan hari ini kerana kita lebih bersepadu".



Pemahaman orang-orang muda terhadap isu perkauman juga banyak dipengaruhi kejadian luar negara, kata Encik Wong. "Saya faham sentimen keduadua kumpulan (generasi tua dan muda)," tambah beliau.



Encik Wong merupakan tetamu terhormat dalam edisi dialog keenam ‘Tanpa Mengira Bangsa: Refleksi & Aspirasi' (Regardless of Race Dialogue VI: Reflections & Aspirations) yang diadakan secara dalam talian semalam.



Dialog tersebut dianjurkan One- People.sg dan Roses of Peace, dengan kerjasama syarikat media Mothership.



Dalam ucapan pembukaannya, Encik Wong berkata keseimbangan yang harmoni yang wujud di Singapura hari ini dicapai melalui kerja keras dan pembinaan hubungan yang memakan berdekad lamanya.



"Dari awalnya, generasi perintis kita bekerja keras untuk menjadikan berbilang kaum suatu realiti.



"Ia memerlukan tolak ansur dan sikap memberi dan menerima dari semua pihak, tidak semua kumpulan akan dapat memperoleh semua yang mereka mahukan.



"Tapi secara keseluruhan, kita telah mencapai keseimbangan di mana semua masyarakat selesa secara amnya," ujar beliau.



Encik Wong menambah bahawa keseimbangan itu dinamik dan bukan suatu yang tetap dan tidak akan berubah.



"Ia akan terus berkembang kerana sikap masyarakat terhadap isu bangsa akan terus berubah seiring dengan waktu," tambahnya.



Semasa dialog tersebut, beliau telah menyertai empat ahli panelis serta pengerusi OnePeople.sg, Dr Janil Puthucheary, yang telah membincangkan antara lain, kepentingan memahami konteks Singapura dalam perbincangan isu perkauman; pengalaman pendidikan bagi pelajar yang bersekolah dalam sekolah yang mempunyai satu kaum dominan contohnya Sekolah Bantuan Khas (SAP) dan madrasah; dan isu identiti.



Memberi rumusannya, Encik Wong berkata ia sesuatu yang patut dibanggakan apabila kita dapat berpegang pada asal usul keturunan kita tetapi pada masa yang sama dapat membentuk identiti budaya bersama sebagai warga Singapura.



"Identiti Singapura itu mestilah yang berfikiran besar dan berhati besar, ia harus bersifat menerima, terbuka dan menyambut kepelbagaian.



"Jika kita ada itu, kita dapat terus maju, berkembang dan bersatu," ujar Encik Wong.




"Ia memerlukan tolak ansur dan sikap memberi dan menerima dari semua pihak, tidak semua kumpulan akan dapat memperoleh semua yang mereka mahukan. Tapi secara keseluruhan, kita telah mencapai keseimbangan di mana semua masyarakat selesa secara amnya."
– Encik Lawrence Wong, Menteri Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >