Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keselamatan di tempat kerja harus dapat keutamaan majikan: Zaqy

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT yang mempunyai prestasi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) yang lemah akan dikenakan denda yang lebih berat mulai hari ini.



Ini termasuk denda komposisi yang digandakan bagi kesalahan yang didapati berlaku semasa pemeriksaan keselamatan yang dijalankan iaitu tidak melebihi $5,000, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Syarikat yang telah diberikan perintah menghentikan kerja (SWO) atau mempunyai pekerja yang mengalami kecederaan serius juga perlu melibatkan juruaudit luar untuk menyemak sistem semasa.



Bercakap kepada wartawan selepas melakukan pemeriksaan keselamatan di tapak kerja di Defu Lane semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata penting untuk menangani isu ini dari peringkat awal.



"Daripada pemeriksaan kami baru-baru ini, termasuk hari ini, adalah jelas bahawa syarikat perlu mengambil lebih bertanggungjawab atas keselamatan di tempat kerja," katanya.



Beliau turut menegaskan bahawa MOM akan meletakkan lebih banyak kebertanggungjawaban ke atas pengurusan syarikat.



Langkah penguatkuasaan yang dipertingkatkan ini telah diperkenalkan berikutan lonjakan kematian di tempat kerja.



Bagi tahun ini, terdapat 26 kes kematian setakat ini - yang paling banyak dalam tempoh yang sama sejak 2016.



Pemerintah juga telah menggesa agar majikan melaksanakan tempoh tenang keselamatan atau safety time-out (STO) bulan lalu untuk menyemak aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



MOM berkata lebih 200 kecederaan serius dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sambil menambah sekitar 65 peratus daripada kematian dan kecederaan serius ini melibatkan pekerja yang diambil bekerja oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME).



Semasa pemeriksaan keselamatan yang dijalankan semalam, Encik Zaqy dan pasukan pegawai MOM menyaksikan dan memantau pelbagai operasi dan ciri keselamatan yang disediakan oleh syarikat Goh Seng Lai, kontraktor yang pakar dalam memasang khemah dan pentas untuk acara.



Beberapa kesalahan keselamatan telah dilaporkan oleh pegawai MOM termasuk penggunaan forklift oleh pengendali yang tidak berlesen dan kekurangan pagar di tingkat dua premis syarikat.



Syarikat akan dikenakan perintah menghentikan pekerjaan (SWO).



Pemeriksaan keselamatan ini merupakan sebahagian daripada langkah penguatkuasaan MOM yang dipertingkatkan, seperti yang diumumkan April lalu.



Lebih 1,400 pemeriksaan telah dijalankan pada suku kedua 2022 - hampir dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.



Sekitar 3,300 tindakan penguatkuasaan telah dikeluarkan sejak April, dengan MOM memberi penekanan kepada kerja di tempat tinggi, serta keselamatan jentera dan kenderaan.



Menggesa pekerja melaporkan keadaan kerja yang tidak selamat kepada penyelia mereka atau MOM, Encik Zaqy berkata:



"Kebanyakan kematian dan kecederaan di tempat kerja ini boleh dicegah, dan bukan disebabkan oleh pekerja yang tidak berpengalaman.



"Sebaliknya, ia berlaku disebabkan oleh kesilapan keselamatan asas, seperti langkah kawalan yang tidak mencukupi dan kekurangan pematuhan terhadap kaedah kerja yang betul.



"Ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat mesti mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sambil menguruskan kemajuan kerja mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >