Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keselamatan maritim Singapura diperketat dengan tambahan hadangan fizikal

Oct 07, 2014 | 04:26 PM



LEBIH banyak hadangan fizikal akan dipasang di sekeliling pinggir pantai Singapura untuk mencegah percubaan untuk memasuki Singapura secara terlarang, sementara satu semakan keselamatan maritim akan dilaksanakan dalam beberapa bulan mendatang.


Ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, di Parlimen hari ini Selasa, sebagai respons kepada pertanyaan Encik Hri Kumar (Bishan-Toa Payoh) menyusuli satu insiden tiga warga asing cuba memasuki Singapura secara haram menerusi Raffles Marina Ogos lalu.


Menurut Encik Teo, hadangan dalam bentuk di darat dan laut sepanjang 80 kilometer seperti pagar itu akan didirikan menjadikan Singapura mempunyai sepanjang 143 kilometer hadangan keseluruhannya.


Pantai Singapura pula sepanjang 193 kilometer.


Encik Teo menambah, hadangan tambahan itu akan membantu agensi-agensi keselamatan memberi fokus pada kawasan-kawasan dan kapal-kapal yang mampu memberi ancaman, bahkan langkah-langkah tersebut secara umumnya terbukti berjaya.


Menurut beliau, sebanyak 46 kapal telah dirampas manakala 144 orang ditangkap kerana menceroboh masuk ke perairan Singapura secara haram antara 2011 dan 2013.


Tahun lalu, 2,890 kapal dikesan dan ditahan daripada memasuki perairan wilayah Singapura, meskipun kebanyakannya menyimpang daripada laluan pelayaran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >