Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesempitan hidup dorong siswa NUS bekerja keras demi masa depan lebih cerah

Oct 09, 2018 | 05:30 AM



KESEMPITAN hidup yang dilalui Encik Mohamed Ammar Mohamed Ahsanullah telah mengenalkannya erti kerja keras.



Dengan dibesarkan oleh ibu tunggal, mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) itu sedar hanya dengan pendidikan dan usaha gigih, beliau dapat menjamin masa depan lebih cerah untuk keluarganya.



Usaha kerasnya membuahkan hasil, apabila Encik Mohamed Ammar, 22 tahun dipilih sebagai penerima biasiswa paling cemerlang dalam kategori penuntut universiti.



Mahasiswa dalam jurusan kejuruteraan kimia dan pentadbiran perniagaan itu, menerima biasiswa bernilai $10,000.



Encik Mohamed Ammar yang berasal dari India dan baru menerima kerakyatan Singapura, menyifatkan biasiswa itu sebagai satu penghormatan tinggi.



Ini apatah lagi, perjalanan yang harus ditempuhi dalam mencapai kecemerlangan pendidikan, amat jauh dan berliku.



"Saya berbesar hati dengan biasiswa ini dan ia amat bermakna.



"Ini kerana ia memberi ganjaran dan mengiktiraf segala usaha yang saya lakukan, dan mencerminkan nilai meritokrasi dalam sistem pendidikan negara ini, yang saya sangat sanjungi.



"Ini juga menunjukkan, walaupun saya dalam kesukaran, tetapi ada sahaja pihak atau persatuan yang akan menjaga saya," ujar beliau.



Menurutnya, biasiswa itu akan digunakan untuk membayar yuran sekolahnya, sekaligus meredakan bebanan kewangan keluarga.



Ini apatah lagi ibunya tidak dapat bekerja di sini kerana masih memegang pas lawatan sosial dan bergantung kepada bantuan daripada pakcik-pakciknya di sini.



Selepas ibu bapanya bercerai, Encik Mohamed Ammar dan dua adik perempuannya, telah dibawa ibu mereka ke Singapura, demi mendapatkan pendidikan yang terbaik, sejak 15 tahun lalu.



"Pengorbanan ibu membawa kami ke luar negara agar anak-anak berjaya memang tidak dapat saya lupakan.



"Walaupun dengan segala cabaran ini, saya fokus kepada apa yang saya mahu capai.



"Pengalaman hidup membuat saya sedar tiada orang yang akan menolong saya, jika saya tidak menolong diri sendiri.



"Ia bergantung kepada anda bagaimana anda mahu mencorak kehidupan anda.



"Bagi saya, jika anda dilahirkan miskin, anda tidak boleh buat apa-apa. Tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin, mungkin ada sesuatu yang boleh anda lakukan untuk mengelaknya," tekan beliau.



Lantaran itu, Encik Mohamed Ammar tidak mudah membiarkan cabaran dalam kehidupan peribadinya menjejas dan mengugat tumpuan untuk mengecapi impian.



Harapannya agar beliau dapat menjadi contoh yang baik untuk kededua adik perempuannya yang berusia 17 dan 19 tahun, lebih-lebih sebagai anak yang paling sulung.



Menyentuh tentang cabaran pelajar pada hari ini, Encik Mohamed Ammar mengakui bahawa pelajar hari ini, berdepan dengan tekanan lebih tinggi kerana mereka dijangkakan memainkan lebih banyak peranan.



"Hari ini, seorang pelajar bukan sahaja diharap cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga baik dalam kegiatan luar darjah dan memainkan peranan kepimpinan.



"Banyak peranan yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar dan ini secara tidak langsung memberi tekanan ke atas pelajar," kata beliau.



Dalam hal ini, Encik Mohamed Ammar memastikan yang beliau mengutamakan apa yang lebih penting dan mengurus masa dengan bijak.



"Nasihat saya kepada rakan sebaya agar jangan malu bertanya, kerja keras dan jangan mudah putus asa," sarannya.




"Pengorbanan ibu membawa kami ke luar negara agar anak-anak berjaya memang tidak dapat saya lupakan. Walaupun dengan segala cabaran ini, saya fokus kepada apa yang saya mahu capai. Pengalaman hidup membuat saya sedar tiada orang yang akan menolong saya, jika saya tidak menolong diri sendiri. Ia bergantung kepada anda bagaimana anda mahu mencorak kehidupan anda. Bagi saya, jika anda dilahirkan miskin, anda tidak boleh buat apa-apa. Tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin, mungkin ada sesuatu yang boleh anda lakukan untuk mengelaknya."
- Encik Mohamed Ammar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >