Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kesemua 10 AP WP dipilih dalam jawatankuasa eksekutif pusat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesemua 10 AP WP dipilih dalam jawatankuasa eksekutif pusat

Dec 29, 2020 | 05:30 AM

PARTI Pekerja (WP) telah memilih kesemua empat Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkangnya untuk menyertai badan pembuat keputusan tertingginya dalam pilihan raya parti itu kelmarin.

Pilihan raya tersebut turut melihat setiausaha agung Encik Pritam Singh, 44 tahun, dan pengerusi Sylvia Lim, 55 tahun, kembali menyandang jawatan mereka tanpa pesaing.

Pilihan raya dalaman yang diadakan setiap dua tahun itu telah berlangsung menyusuli prestasi kukuh WP dalam pilihan raya umum Julai lalu.

Kelmarin, kesemua 10 Anggota Parlimen parti itu telah dipilih ke jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), lapor The Straits Times.

Bercakap kepada media selepas sidang anggota kader parti itu yang berlangsung selama empat jam kelmarin, Encik Singh berkata: "Kami mengadakan pilihan raya parti ini setiap dua tahun dan keanggotaan kader bebas memilih orang lain ke CEC.

"Tapi saya rasa kali ini, keanggotaan kader menyedari betapa pentingnya proses pembaharuan kita yang mempunyai keseimbangan pengalaman dan darah baru. Jadi, hasilnya positif petang ini (kelmarin)."

Antara wajah baru dalam CEC ialah empat AP GRC Sengkang WP: Cik He Ting Ru, 37 tahun; Cik Raeesah Khan, 27 tahun; Profesor Madya Jamus Lim, 44 tahun; dan Encik Louis Chua, 33 tahun.

Dalam pilihan raya umum Julai lalu, pasukan empat anggota ini telah menawan GRC Sengkang daripada genggaman pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Anggota WP di pilihan raya CEC itu berkata, dengan syarat nama mereka tidak disiarkan, bahawa Profesor Lim merupakan antara mereka yang memperoleh jumlah undian tertinggi kelmarin.

Dua calon WP di GRC East Coast juga terpilih menjadi anggota CEC - Cik Nicole Seah, 34 tahun, dan Encik Kenneth Foo, 43 tahun, yang sebelum ini pernah menganggotai CEC.

Apabila ditanya apakah ini menandakan bahawa parti itu akan meletakkan pasukan dalam GRC tersebut pada pilihan raya akan datang, Encik Singh berkata masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, tetapi menambah dengan adanya orang-orang yang gigih berusaha seperti Cik Seah dan Encik Foo, ada "peluang lebih tinggi bahawa anda akan melakukannya dengan baik dan anda akan mencapai hasil yang anda harapkan".

WP telah bertanding di GRC East Coast sejak pilihan raya 2006. Namun, langkah mengejutkan yang melihat Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerajui kawasan undi itu untuk PAP dalam pilihan raya lalu telah menimbulkan soalan tentang apakah WP akan menyemak strateginya.

Anggota lain yang dipilih ke CEC WP termasuk Encik Singh dan rakan-rakan AP GRC Aljunied yang lain, Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, 45 tahun; Encik Gerald Giam, 43 tahun; dan Encik Leon Perera, 50 tahun; serta AP SMC Hougang, Encik Dennis Tan, 50 tahun.

Bekas ketua WP Encik Low Thia Khiang, 64 tahun, dan bekas AP Hougang Encik Png Eng Huat, 59 tahun, yang kedua-duanya bersara daripada politik dalam pilihan raya umum baru-baru ini, juga kekal menjadi anggota CEC.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3