Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kesemua 62 kes di North Coast Lodge telah lengkap divaksin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesemua 62 kes di North Coast Lodge telah lengkap divaksin

Aug 24, 2021 | 08:36 PM

KESEMUA 62 kes Covid-19 yang dikesan di kalangan pekerja migran dari dormitori North Coast Lodge di Woodlands pada Isnin (23 Ogos) telah melengkapkan vaksin mereka, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa.

Tiga kes pertama dikesan melalui ujian rutin, yang juga dilakukan pada masa yang sama dengan ujian sisa air yang menunjukkan hasil positif, kata MOM.

Ujian air sisa bertujuan untuk mengesan cebisan virus Covid-19 yang dikeluarkan individu melalui najis.

Ia melengkapkan ujian rutin di dormitori bagi pengesanan awal jangkitan Covid-19, dan ia memudahkan langkah pengasingan kes di peringkat awal.

Baki kes di dormitori dikesan melalui ujian awal.

“Kesemua kes telah melengkapkan vaksin mereka, di antara mereka ada yang tidak mengalami sebarang gejala sementara yang lain telah mengalami gejala ARI (jangkitan pernafasan akut) ringan.

“Mereka telah dipindahkan ke kemudahan penjagaan kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata MOM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3