Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesemua stesen di laluan LRT Sengkang-Punggol tutup awal pada Jumaat, buka lewat pada Sabtu

Oct 04, 2019 | 02:49 PM



KESEMUA stesen di laluan LRT Sengkang-Punggol akan ditutup awal pada malam Jumaat (4 Oktober) dan dibuka lebih lewat pada pagi Sabtu (5 Oktober) untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang mendesak, SBS Transit berkata, selepas perkhidmatan kereta api terganggu selama sekitar dua jam pada awal pagi Selasa (2 Oktober).



Pengendali pengangkutan awam itu juga berkata pada Khamis (3 October) bahawa perkhidmatan bas percuma akan disediakan sewaktu tempoh yang terjejas akibat kerja-kerja penyelenggaraan.



Pada Jumaat, kesemua stesen akan ditutup lebih awal pada 10.15 malam dan bukan pada tengah malam.



Pada Sabtu, stesen-stesen akan dibuka pada 8 pagi dan bukan pada 5.30 pagi yang biasa.



Laluan LRT terhenti pada Selasa pada 5.40 pagi akibat kerosakan sistem, menyebabkan beberapa penumpang terjejas antara stesen.



SBS Transit berkata pada hari yang sama bahawa tiada pelajar yang mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) terjejas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >