Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesesakan di Pusat Pemeriksaan Tuas akibat bekalan elektrik terputus

Aug 30, 2019 | 03:41 PM



BEKALAN elektrik tempatan yang terputus telah menjejaskan sistem pelepasan imigresen dan mengakibatkan keadaan lalu lintas yang sesak selama tujuh jam di Pusat Pemeriksaan Tuas semalam (29 Ogos).



Menurut The New Paper (TNP), Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksa (ICA) berkata:, "Sistem pelepasan imigresen di zon ketibaan dan keberangkatan di Pusat Pemeriksaan Tuas mengalami kesesakan akibat bekalan elektrik tempatan yang terputus pada sekitar 6.45 pagi." 



Namun, sistem pelepasan automatik dan sistem pelepasan di zon motosikal dan bas tidak terjejas.



Oleh itu, sistem pelepasan di lorong-lorong yang terjejas dapat dipulihkan secara progresif pada pukul 8 pagi dan semuanya kembali seperti biasa pada pukul 1.30 petang.



Untuk mengendalikan keadaan itu, para pegawai yang bertugas pada waktu malam tidak pulang dari pekerjaan mereka supaya dapat membantu pelepasan para pemandu dan salah satu zon keberangkatan untuk kereta ditukar kepada zon ketibaan.



Seorang pemandu motor Malaysia, Encik Andrew Hee, berusia 42 tahun, memberitahu TNP bahawa beliau sampai di jambatan Second Link kira-kira pada pukul 6.15 pagi dan hanya dapat keluar dari pelepasan imigresen selepas empat jam kemudian.



Beliau mengangkut anak lelakinya, berusia 13 tahun, dan anak perempuannya, berusia 11 tahun, untuk ke sekolah mereka di Jurong West.



Tambahan pula, Encik Hee, yang juga seorang jurutera sistem berkata: "Anak perempuan saya terlambat untuk peperiksaan bahasa ibunda peringkat tinggi, dan ini boleh menjejas keputusan akhirnya."



Beliau percaya bahawa pelan sandaran perlu dilaksanakan dengan lebih cepat untuk mengelakkan kesesakan.



Pemandu-pemandu yang lain juga mempunyai pendapat yang sama.



Encik Devon Wong, berusia 40 tahun, melihat orang yang terjebak di kawasan tengah jambatan Second Link lalu meninggalkan kereta mereka dan berjalan kaki ke pusat pemeriksaan untuk menggunakan tandas.



Beliau memberitahu TNP, "Saya rasa kecewa dan hilang kesabaran selepas dua jam di dalam kereta yang merangkak walaupun jaraknya dekat sahaja. Saya tidak berani minum air."



Pihak berkuasa berkata: "ICA menyesali segala kesulitan yang dialami oleh para pemandu yang mengambil masa lebih lama untuk pelepasan imigresen."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >