Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesesakan di Tambak minggu lalu: Panggilan bom palsu, kereta rosak, pintas jalan antara sebab

Dec 20, 2018 | 04:00 PM



PANGGILAN bom palsu, dua insiden kereta rosak dan pemandu yang ‘potong jalan’ antara sebab yang menyebabkan kesesakan di Tambak hujung minggu lalu.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pengguna jalan raya boleh menjangka jalan raya sesak dari Jumaat (21 Disember) hingga Tahun Baru di kededua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, terutama pada hujung minggu.



Tambahnya, kawalan keselamatan akan terus diutamakan dan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebarang ancaman akan ditingkatkan semasa tempoh perayaan ini.



Beberapa pengguna jalan raya menulis di lamam Facebook ICA untuk mengadu tentang penantian berpanjangan untuk melepasi kastam dan masuk ke Johor Baru hujung minggu lalu. Ada yang berkata mereka terkandas sehingga lapan jam.


Sebahagian pengguna jalan raya juga menggesa ICA membuka lebih banyak kaunter kastam, dengan pengguna jalan raya tetap berkata mereka perlu menunggu lebih lama untuk melepasi kastam pada hari biasa, walau memulakan perjalanan seawal 5 pagi.


Menjawab soalan The Straits Times, ICA berkata pegawainya ‘sedang berusaha tanpa henti dan melakukan seberapa yang boleh untuk memastikan keperluan pengguna jalan raya dipenuhi, tanpa mengetepikan keselamatan’.


Ia juga menggunakan semua sumber yang dimilikinya pada tempoh ini dan pegawainya bekerja melebihi masa kerja mereka. Tambah ICA, dari masa ke masa, semasa perubahan syif atau peralihan pegawai ke kawasan yang mereka lebih diperlukan, beberapa kaunter mungkin terpaksa ditutup buat sementara.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >