Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesesakan jalan darat SG-M'sia dijangka sempena cuti Aidiladha

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



PELAWAT boleh menjangkakan kesesakan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan darat minggu ini dengan cuti umum Hari Raya Haji pada Isnin, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Dalam satu kenyataan semalam, ICA berkata pelawat yang semasa kemuncak hujung minggu panjang Hari Raya Haji pada 2019 perlu menunggu sehingga empat jam sebelum mereka melepasi imigresen.



Tahun ini, Jabatan Imigresen Malaysia dan Bangunan Sultan Iskandar telah menjalankan kerja naik taraf sejak 6 Jun dan pelawat yang berlepas dari Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands mungkin perlu mengambil perhatian bahawa laluan yang menjalani peningkatan tidak akan beroperasi, kata ICA.



Sebelum berangkat, pelawat dinasihati agar merujuk kepada keadaan trafik di pusat pemeriksaan menerusi laman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) One Motoring atau Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (Emas) yang dipasang sepanjang BKE dan AYE.



Antara lain, pelawat juga boleh mendapatkan berita terkini menerusi akaun Facebook dan Twitter ICA, termasuk stesen radio setempat seperti Money 89.3, Kiss92, One 91.3, Hao 96.3, UFM 100.3.



Jumlah pelawat sepanjang hujung minggu lalu (1 hingga 3 Julai) memuncak kepada lebih 282,000 sehari, melepasi hujung minggu tertinggi sebelum ini iaitu semasa cuti sekolah Jun dengan 278,000 sehari.



Ini diikuti Hari Vesak dengan 224,000 pelawat sehari dan cuti umum Good Friday dengan 149,000 pelawat sehari.



ICA menjangkakan kesesakan trafik yang berterusan hujung minggu ini. Pelawat dinasihati agar menjangka penangguhan dari 8 Julai hingga 11 Julai. Pelawat dinasihati agar menyesuaikan rancangan pelancongan agar dapat mengelak kesesakan trafik.



Bagi memastikan perjalanan lancar, pelawat diingatkan agar:



(i) Pasport mereka mempunyai tarikh baki sah enam bulan atau lebih



(ii) Penduduk Tetap (PR) telah memperbaharui pasport untuk memindah permit masuk kembali ke pasport yang baru. Pasport jangka panjang harus memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) atas perbezaan butiran pasport.



(iii) Semua pelawat jangka pendek harus menyerahkan kad ketibaan Singapura bersama rekod pengisytiharaan kesihatan tiga hari sebelum ketibaan di Singapura.



(iv) Pemandu kenderaan yang berdaftar di luar negara harus mempunyai permit masuk kenderaan (VEP), kelulusan LTA dan kad Autopass.



Menurut ICA, mereka akan mengambil langkah memudahkan pelepasan imigresen tanpa menjejas keselamatan.



"Pegawai pusat pemeriksaan kami memantau keadaan lalu lintas dalam masa nyata, bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum.



"Kami juga bekerjasama dengan Polis Trafik demi memastikan disiplin jalan raya di persimpangan kritikal menuju ke pusat pemeriksaan. Kami perlu pemahaman dan kerjasama pelawat untuk mematuhi peraturan lalu lintas, mengekalkan disiplin laluan dan bekerjasama dengan pegawai semasa di pusat pemeriksaan," kata ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >