Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesesakan pada hari operasi kedua hab pengangkutan baru di Yishun

Sep 10, 2019 | 10:03 AM



PENUMPANG bas yang menuju ke Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) Yishun baru-baru ini terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang menunda perjalanan lebih daripada 30 minit ketika waktu sibuk pagi Isnin semalam (9 September).



Ada juga yang terpaksa turun dari bas dan berjalan kaki ke destinasi mereka apabila beberapa bas mulai beratur di persimpangan sebelum masuk ke ITH itu untuk menunggu giliran mereka menurunkan penumpang di tempat pertukaran bas pada sekitar jam 8 pagi.



Kira-kira 14 perkhidmatan bas dari SBS Transit juga terganggu kerana "keadaan lalu lintas yang sesak", kata pengendali bas itu.



Isu itu kemudian kembali menjelang jam sibuk pada waktu senja di mana SBS juga mengumumkan kelewatan kepada perkhidmatan bas yang sama kira-kira pukul 5 petang melalui akaun Twitter mereka.



Ternyata, hari Isnin adalah hari operasi yang kedua bagi ITH Yishun, yang menggabungkan hab pengangkutan bas dengan pusat membeli-belah Northpoint City.



Ia merupakan tempat pertukaran bas yang berhawa dingin yang juga dihubungkan dengan stesen MRT Yishun.



Sebelum pembukaan hab pengangkutan baru itu pada hari Ahad (8 September), para penumpang menaiki bas melalui stesen pertukaran bas yang dibina buat sementara sahaja di sepanjang Yishun Central, belakang Northpoint City.



Sebagai tindak balas kepada soalan, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia sedang mengawasi keadaan itu serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas untuk memperbaiki operasi mereka.



Namun, LTA telah menjalankan tugah pada tempoh persiapan sebelum ITH dibuka. Ini termasuk memperluaskan jalan raya dan mengubah suai durasi lampu isyarat untuk mengurangkan kesesakan.



"Kami harap para penumpang memahami bahawa ia memerlukan sedikit masa bagi pengendali bas kami untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru," tambah LTA.



Hab Pengangkutan Bersepadu Yishun dikendali oleh SMRT Buses, sebuah bahagian di bawah SMRT Roads.



Presiden SMRT Roads, Encik Tan Kian Heong, berkata ia akan berbincang dengan LTA untuk menyesuaikan masa lampu isyarat di persimpangan lalu lintas yang terletak di luar ITH itu.



Ia juga akan menggunakan kakitangan tambahan untuk mengawal pergerakan bas masuk dan keluar dari ITH Yishun baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >