Kesibukan sebagai guru bukan halangan bantu orang lain

Bantuan kemasyarakatan tidak semestinya terhad kepada projek dan daya usaha yang dilakukan sahaja. Ramai juga yang tampil memulakan daya usaha mereka sendiri dan mengajak orang ramai turut serta. Individu ini bukan sahaja menghulurkan bantuan di dalam dan luar negara, bahkan menyediakan peluang kepada orang ramai melakukan yang sama. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) mengetengahkan kisah dua individu yang amat berdedikasi dan sering memberi ilham kepada mereka di sekeliling agar menghulurkan bantuan.

KESIBUKAN tidak pernah menghalang Cik Nur Atikah Amalina Mohd Zaini membantu orang lain.

Berpegang pada prinsip bahawa manusia hanya boleh bangkit jika membantu orang lain, guru Bahasa Inggeris dan Sastera di Sekolah Menengah Evergreen itu bukan sahaja giat dalam kerja kemasyarakatan di dalam negeri, malah turut menyumbang bakti kepada beberapa pertubuhan di luar negara.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto