Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kesihatan beruang kutub Taman Haiwan Singapura bertambah buruk

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesihatan beruang kutub Taman Haiwan Singapura bertambah buruk

Apr 12, 2018 | 12:03 PM

HASIL pemeriksaan kesihatan yang dijalani beruang kutub kesayangan Taman Haiwan Singapura, Inuka, menunjukkan bahawa kesihatannya bertambah buruk, menurut kenyataan yang dikeluarkan Wildlife Reserve Singapore (WRS) hari ini. 

Inuka, yang dilahirkan pada 26 Disember 1990 di Taman Haiwan Singapura dan kini berusia 27 tahun, merupakan beruang kutub pertama yang dilahirkan dalam persekitaran tropika. 

Ia mendapat gelaran “hadiah hari natal terbaik” oleh penjaganya dan sambutan hari jadinya setiap akhir tahun merupakan tradisi yang dinanti-nantikan ramai pengunjung taman haiwan. 

Dari segi tahun manusia, Inuka berusia sekitar 70 tahun. 

Pada usianya sekarang, Inuka telah melebihi jangka hayat beruang kutub di bawah jagaan manusia iaitu secara purata 25 tahun. 

Dalam tempoh tiga bulan lalu, tahap aktiviti Inuka berkurangan dan ia lebih senang berehat. 

Inuka yang terkenal dengan aksi dalam kolam air telah mengurangkan sesi berenangnya dengan ketara dan kelihatan kurang berminat dengan aktiviti harian. 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3