Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DEDIKASI JURURAWAT DIIKTIRAF

Kesihatan diutama selepas kehilangan orang tersayang

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS abang dan ibunya meninggal dunia, pendirian Cik Norazlin Esa terhadap kehidupan dan kesihatan berubah.



Beliau berasakan dirinya lebih prihatin mengenai kesihatan, bukan sahaja tentang dirinya, malah orang- orang yang disayangi.



Malah hubungannya terhadap mereka di sekelilingnya turut diberi perhatian - termasuk semasa menjalankan tugasannya sebagai jururawat.



Cik Norazlin, 41 tahun, kini seorang Jururawat Mendaftar Utama di Jabatan Unit Jagaan Rapi Pembedahan (SICU) Hospital Universiti Nasional (NUH) sejak 2004.



"Apabila abang saya meninggal dunia akibat satu kemalangan pada usia yang amat muda, saya mula rasakan betapa rapuhnya kehidupan ini.



"Dan apabila ibu saya pula meninggal dunia enam tahun kemudian akibat masalah buah pinggang, pendirian saya terhadap kesihatan makin mendalam," katanya.



Tidak hairanlah beliau kemudian memilih bidang kejururawatan sebagai kerjayanya sehingga kini.



Namun satu insiden melibatkan anak sulungnya begitu menjejasnya sehingga hari ini.



Anak perempuannya itu meninggal dunia hanya 30 jam selepas dilahirkan 10 tahun lalu, akibat masalah kesihatan.



"Bohonglah kalau tidak sedih. Apatah lagi saya menanti sehingga tujuh tahun bagi zuriat pertama.



"Tapi inilah yang dikatakan kehendak Tuhan.



"Saya redha walaupun sukar dihadapi," ujarnya yang turut mendapat sokongan kuat keluarga termasuk suaminya sendiri.



Mujur beliau hamil sekali lagi setahun selepas pemergian anak sulungnya itu dan kemudian mendapat seorang lagi anak beberapa tahun kemudian.



Kini anak keduanya, seorang lelaki, sudah berusia sembilan tahun sementara anak bongsu perempuannya sudah mencapai usia enam tahun.



Menurut Cik Norazlin, beliau turut terdorong menyertai bidang kejururawatan selepas melihat sendiri salah seorang mak ciknya, yang juga seorang jururawat, menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat.



Beliau juga menganggap dirinya amat beruntung kerana mendapat panduan daripada mak ciknya itu semasa mula-mula menceburi bidang itu.



Kebetulan tahun ini, mak ciknya itu, Cik Saptah Ahmad, 55 tahun, yang merupakan Penolong Jururawat Klinisyen di Poliklinik Jurong, juga merupakan penerima Anugerah Merit Jururawat.



"Memang saya tidak sangka yang mak cik saya itu... yang banyak beri panduan dan tunjuk ajar semasa saya memulakan kerjaya ini merupakan pemenang anugerah yang sama tahun ini.



"Saya hanya dapat tahu semasa satu sesi bergambar dengan para pemenang baru-baru ini. Pastinya ia satu kejutan manis buat saya," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >