Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesihatan mental, peranan agama dibincang dalam FB Live khas BH, Andalus

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



MEMAHAMI isu kesihatan mental dan pelbagai cara yang boleh dilakukan seseorang untuk menguruskan kekuatan mental mereka, termasuk sokongan kerohanian, antara topik yang dibincangkan dalam sebuah Facebook Live khas Berita Harian dengan kerjasama Andalus semalam.



Antara yang diundang untuk mengongsi pandangan mereka ialah Pengurus Andalus, Ustazah Farani Mohamed; Pengarah, Pakar Psikoterapi Sistemik dan Konsultan Klinikal Hayaa' Network, Cik Maimunah Mosli; dan pempengaruh Aidil Arsad.



Tajuk siaran itu - 'Aku tengah stres, Kau suruh aku Solat?' - meninjau bagaimana pandemik Covid-19 menjejas kesejahteraan mental warga Singapura dan betapa agama dapat membantu mencari makna dalam kehidupan.



Terdapat beberapa kajian di Singapura yang menunjukkan bagaimana Covid-19 meninggalkan kesan besar ke atas kesihatan mental, terutama bagi belia dan warga emas.



Menurut satu kajian Institut Kesihatan Mental (IMH), umpamanya, sekitar 13 peratus penduduk yang ditinjau melaporkan mengalami tanda kemurungan atau kegelisahan antara Mei tahun lalu dan Jun lalu.



Tinjauan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) pula menunjukkan kesejahteraan mental salah satu cabaran bagi 52 peratus belia yang ditinjau semasa separuh kedua tahun lalu.



Ini dipandang serius oleh pemerintah dan mendorong pembentukan Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 Oktober lalu.



Oleh yang demikian, bagi perbincangan Facebook Live semalam, isu itu dibincangkan daripada sudut berbeza, iaitu bagaimana agama dapat membantu.



Ustazah Farani turut menekankan bagaimana pusat pendidikan agama seperti Andalus memainkan peranan dengan menyediakan pelbagai program berkaitan agama.



Andalus, Cordova dan Al-Zuhri, dengan sokongan Darul Andalus, berusaha menyediakan pengajian Islam secara seimbang dan sepadu sepanjang hayat dari prasekolah hingga pascaijazah.



Ini merupakan Facebook Live yang pertama daripada tujuh Facebook Live yang dibawakan khas untuk anda oleh Andalus dan ia akan berlangsung hingga tahun depan.



Perbincangan itu dihoskan oleh koresponden Berita Harian Shahida Sarhid dan personaliti Hans Ashrie.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lungsuri laman web Andalus, www.andalus.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >