Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesungguhan pemimpin dunia jadi inspirasi pelukis Abu Jalal

Nov 09, 2017 | 05:30 AM



MESKIPUN banyak hampaan dan dugaan yang perlu dilalui, pemimpin dunia tidak pernah mengaku kalah, malah tetap tabah dan tegas dalam memikul tanggungjawab mereka.



Kesungguhan yang dipaparkan pemimpin dunia itu telah menjadi inspirasi bagi karya lukisan Encik Abu Jalal Sarimon bertajuk 'Triumph Over Heavy Blows'.



Karyanya itu memenangi hadiah emas dalam pertandingan tahunan Lukisan Terbaik UOB ke- 36, yang diadakan di Dewan Konsert Victoria, semalam.



Pertandingan itu bertujuan mempertingkat kesedaran dan penghargaan bagi artis Asia Tenggara dan karya-karya mereka.



"Saya sebenarnya tak sangka dapat menjadi peserta akhir dalam pertandingan ini... Saya sentiasa percaya lukisan ini suatu karya yang baik. Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada artis lain untuk menyertai pertandingan ini," kata pelukis berusia 53 tahun itu.



Lukisannya itu menampilkan empat watak berpakaian sut hitam berlatarbelakangkan warna merah, dengan ada daripada mereka lebam pada bahagian mata.



Mengulas, Encik Jalal berkata lukisan itu meraih inspirasi daripada individu, seperti ahli politik, yang dalam proses menjalankan tugas mereka, perlu berdepan dengan pelbagai situasi mencabar.



Lebam yang ada pada mata beberapa watak dalam lukisan itu ingin menunjukkan bahawa meski 'dibelasah' pelbagai masalah, mereka tidak putus asa dan akhirnya berjaya mencapai kemenangan atas cabaran yang dihadapi.



"Mereka semua berdepan dengan cabaran tetapi dapat mengharunginya dan tetap berdiri kuat. Sifat tabah dan tekun ini adalah nilai-nilai yang harus disemai dalam masyarakat kita, terutamanya generasi muda.



"Latarbelakang warna merah melambangkan sifat ketabahan, manakala warna hitam yang digunakan bagi sut dan rangka lukisan itu pula melambangkan pendirian teguh dalam apa yang anda percaya," kata beliau.



Encik Jalal berharap kemenangannya itu akan dapat memberi inspirasi kepada pelukis muda mempamerkan karya mereka dan terus berkembang maju dalam seni.



Encik Jalal juga berkata beliau mahu memanfaatkan kepakarannya dalam bidang seni untuk terus menyumbang kepada masyarakat.



Tetamu terhormat, Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan, Encik Ong Ye Kung, yang hadir di majlis pertandingan itu berkata seni amat diperlukan untuk masyarakat dan ia menambah kepelbagaian dan keindahan dalam kehidupan.



"Ini sebabnya di Kementerian Pendidikan, kami percaya pendidikan seni memainkan peranan penting dalam mencetuskan sifat ingin tahu dan menggalak pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar kita - sifat yang perlu dalam dunia hari ini yang dipacu idea dan inovasi," kata beliau.



Sebagai pemenang hadiah emas Lukisan Terbaik UOB itu, Encik Jalal menerima cek bernilai AS$10,000 ($13,630).



Laporan lanjut: Pelukis ambil tahu iklim politik, isu global




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >