Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketahui cara sediakan juadah sihat

Aug 01, 2019 | 05:30 AM



RAMAI mungkin beranggapan makanan lebih sihat itu tidak sedap atau membosankan.



Namun, jika anda belajar memasak dengan betul dan menggunakan bahan masakan yang tepat, masakan itu bukan sekadar sihat, malah sedap!



Itulah antara panduan yang akan dikongsikan oleh Cik Aqilah Norazman, 30 tahun, pengasas dan ketua jurulatih (Sukan dan Pemakanan Senam) 1-Habit.



Syarikat itu menawarkan khidmat bimbingan, latihan gaya hidup dan mengurangkan berat badan secara berkekalan.



Cik Aqilah akan berada di Pesta Kesihatan di Wisma Geylang Serai (WGS) Ahad ini untuk berkongsi kepakaran dan membimbing orang ramai.



"Saya akan mengadakan demonstrasi bagaimana menyiapkan makanan Melayu yang kita semua tahu, tapi dengan menggunakan cara dan bahan yang lebih sihat," kata Cik Aqilah.



Beliau berharap menerusi acara seperti Pesta Kesihatan itu, orang ramai akan lebih peka tentang pemilihan lebih bijak.



"Acara seperti ini penting kerana kita harus mendidik masyarakat kita bagaimana untuk menjalani gaya hidup sihat kerana dalam beberapa tahun ini, terdapat trend penyakit yang tidak diingini dalam kalangan masyarakat kita.



"Oleh itu, dengan adanya kesedaran seperti acara Pesta Kesihatan, ia dapat menolong masyarakat dalam membuat pilihan lebih bijak dan menyihatkan agar dapat merubah gaya hidup mereka dalam jangka masa panjang," ujar Cik Aqilah.



Dalam masa yang sama, Cik Aqilah berharap orang ramai dapat berusaha membuang keraguan untuk menukar kepada bahan lebih menyihatkan.



"Belum cuba, belum tahu. Cuba tukar pemakanan anda dan anda akan dapat melihat perbezaannya," tambah beliau.



Demonstrasi masakan oleh Cik Aqilah akan berlangsung pada 12.05 tengah hari hingga 12.35 tengah hari di Ruang Acara WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >