Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ketahui etika semasa ke balai seni

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



MENIKMATI keindahan lukisan atau karya seni di balai-balai pameran, mungkin semakin menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat kita yang kian menunjukkan penghargaan kepada seni.



Namun, masih ramai yang tidak tahu atau tidak sedar akan etika yang perlu diberi perhatian sebaik anda memasuki galeri seni, baik yang mempamerkan koleksi seniman atau bagi tujuan komersial.



Seniman lukis, Encik Kamal Dollah, yang menjadi tetamu bagi segmen Gah dalam The BM Show musim ke-4 episod kelima, berkata sebagai usahawan seni yang sering menganjurkan pameran baik untuk individu atau seniman berkumpulan, beliau sering terlihat kelakuan pengunjung yang "menyakitkan mata" atau membuat beliau menahan geram.



"Sedang masyarakat kita semakin menghargai seni dan mahu datang ke balai pameran bagi memberi sokongan, ramai juga yang masih tak tahu etika masuk galeri.



"Antara perkara tak sepatutnya dibuat tetapi banyak kali dibuat ialah pengunjung menyentuh lukisan. Ada yang menekan-nekan dan mencucuk lukisan dengan jari kerana mereka nak rasa bahan atau kanvasnya.



"Bayangkan kalau lukisan itu dicucuk berpuluh kali... tentu ia akan merosakkan karya dan menjejas nilainya," kata Encik Kamal.



Apabila diminta wartawan panduan tentang peraturan ketika berada di balai pameran seni, Encik Kamal menyenaraikan lima panduan berikut:



1. USAH SENTUH KARYA SENI



Jarang berlaku apabila sebuah pameran menggalakkan penonton untuk menyentuh dan merasai sesebuah karya seni, tetapi 99 peratus kali, penonton dijangka melihat karya dari jarak tidak terlalu dekat atau beberapa tapak jauh.



Tujuannya agar tidak menyentuh lukisan atau karya yang dipamerkan, atau jika anda bersin sekalipun, masih ada jarak selamat.



2. USAH BUAT BISING



Bising di sini bukan sahaja elakkan perbualan yang boleh didengar pengunjung lain, bahkan elakkan berbual di telefon. Balai pameran harus sentiasa berada dalam suasana tenang dan damai.



3. USAH KRITIK TERANG-TERANGAN



Kecuali anda merupakan pengkritk yang disegani dan diiktiraf dalam dunia seni dan diundang untuk memberikan ulasan, simpan sahaja pandangan anda ketika berada di ruang galeri, lebih-lebih lagi jika pandangan anda boleh menjatuhkan seniman yang diketengahkan. Kalau mahu kritik, pastikan anda sudah berada jauh dari ruang balai.



Ulasan seni bersifat subjektif. Walaupun anda mungkin tidak suka dengan karya yang diketengahkan, cuba hargai kerja keras dan masa yang telah dihabiskan seniman untuk melahirkan karya dan mempersembahkannya kepada masyarakat.



4. BERI LALUAN KEPADA PENGUNJUNG LAIN



Kalau pun anda terlalu mengamati sesebuah lukisan, usah berdiri terlalu lama di depannya sehingga menghalang orang lain daripada menikmati lukisan itu dari jarak yang disarankan.



Berikan laluan kepada orang lain.



5. BERPAKAIAN KEMAS



Seperti menghadiri majlis-majlis, anda juga dijangka berpakaian kemas ketika menghadiri bilik pameran.



Ia adalah sebahagian daripada cara kita menghormati undangan dan berada dalam lingkaran yang di belakangnya tersirat banyak usaha keras, daya intelek yang tinggi dan kreativiti yang diiringi pengorbanan dalam banyak bentuk.



Secara rumusan, kata Encik Kamal, apa yang penting ialah bagaimana pengunjung menghargai kerja keras seniman.



"Kalau di akhir pameran pengunjung mahu menghargai dengan membeli lukisan, tentu itu amat menggembirakan seniman. Tetapi jangan pula sampai nak tawar-menawar harganya.



"Membeli karya seni tak boleh disamakan dengan beli-belah di pasar," ujar beliau.




Luahkan daya kreativiti di Kamal Arts



KAMAL Arts ialah pertubuhan tanpa untung yang mempromosikan seni di Singapura.



Diasaskan oleh seniman dan pendidik seni Encik Kamal Dollah, studio dan galeri pertubuhan itu yang terletak di tingkat teratas Wisma Geylang Serai menyediakan latihan seni visual dan kemudahan pengajaran untuk melukis batik, karikatur dan medium seni lain.



Menurut Encik Kamal, kelas seni tersedia untuk individu dan kumpulan. Mereka turut menyelaraskan kegiatan membangun semangat sepasukan bagi peringkat korporat.



Selain menyiapkan tempat dan menjalankan program pendidikan seni, Kamal Arts juga menawarkan pengurusan projek pameran untuk artis setempat.



Antara projek menarik ialah Sumber Seni ATAS, yang bertujuan membantu seniman-seniman setempat mengetengahkan karya mereka.



"ATAS ialah kemudahan perkhidmatan kongsi untuk artis dan kumpulan seni. Misi kami adalah untuk menyediakan sokongan profesional dalam bidang seni," ujarnya.



Ia termasuk bidang pentadbiran seni, sokongan pengeluaran, khidmat pameran, sewa tempat dan kemudahan.



"Kami terbuka kepada mana-mana genre seni. Anda menghasilkan seni anda dan kami akan menguruskan yang lain," kata beliau.



Selain itu, studio itu antara lain memperjuangkan seni kraf tekstil batik yang digunakan sebagai medium seni bergambar yang selaras dengan budaya Asia Tenggara.



"Program kami adalah pendekatan yang selamat dan sistematik untuk memperkenalkan peserta kepada aspek budaya batik dan dibimbing menggunakan alat tradisional untuk cangkuk lilin dan menggunakan pewarna, dan melalui banyak proses lain yang terlibat untuk melengkapkan seni batik asli," tambah beliau.



Studio ini boleh dihubungi menerusi e-mel gallery@kamaldollah.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >