Ketepi minat seni bina demi ke awan biru
Lulusan akademi seni halus harungi kesukaran ubah kerjaya, kini belajar jadi juruterbang di NZ
Jun 03, 2016 | 05:30 AM
LEBIH daripada keinginan menceburi minatnya, Cik Nurul Shakinah Rosman, 23 tahun, memutuskan mahu menukar pekerjaan demi memenuhi impian ayahnya.
Daripada bekerja di sebuah firma seni bina, anak kedua dalam keluarga empat beradik itu kini menjalani latihan menjadi juruterbang di sekolah penerbangan, Nelson Aviation College, di New Zealand.