APABILA firmanya mengumumkan akan gulung tikar dan membuang pekerja termasuk dirinya, Encik Effendy Mohd Shariff terpaksa mengetepikan kebimbangan peribadinya terlebih dahulu.
Sebaliknya, ketua kesatuan sekerja berusia 50 tahun itu memberi tumpuan menolong rakan sekerja lain mencari cara meningkatkan kemahiran agar mendapat pekerjaan baru atau memadankan mereka dengan firma lain.