Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Keterlaluan jika peguam pelatih yang tipu dihalang sertai Bar sama sekali

May 10, 2022 | 05:30 AM



PEGUAM pelatih yang menipu dalam peperiksaan Peguam 2020 harus menghadapi tindakan ketara untuk mencerminkan keseriusan tindakan mereka, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Namun, untuk menghalang mereka secara tetap daripada dipanggil ke Badan Peguam (Bar), mungkin agak keterlaluan.



Encik Shanmugam berkata demikian di Parlimen semalam sebagai respons kepada soalan yang diajukan para anggota parlimen menyusuli pendedahan bahawa 11 peguam pelatih telah menipu dalam peperiksaan Peguam 2020 yang dikenali sebagai Bahagian B.



Anggota Parti Pekerja Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) bertanya sama ada denda yang dikenakan adalah mencukupi manakala Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bertanya tentang peluang kedua.



Encik Shanmugam berkata mesej perlu ditekankan kepada yang lain bahawa penipuan oleh peguam pelatih akan ditangani secara serius.



"Tetapi pada masa yang sama, apakah denda yang bersesuaian?" katanya.



"Ini merupakan orang muda. Adakah ia bermakna bahawa anda mengelakkan mereka daripada mengamalkan (undang-undang) selamanya? Saya rasa kebanyakan akan menyatakan bahawa tindakan itu terlalu tegas."



Encik Shanmugam menekankan juga beliau amat berhati-hati tentang apa yang beliau katakan kerana permohonan peguam pelatih untuk disertakan ke Badan Peguam masih lagi sedang berlangsung di mahkamah.



Kes penipuan itu telah didedahkan buat pertama kali dalam hujahan bertulis hakim Mahkamah Tinggi Choo Han Teck pada 18 April lalu.



Hakim Choo berkata beliau telah menangguhkan permohonan oleh enam peguam pelatih untuk dipanggil ke Badan Peguam selepas Peguam Negara menolak penyertaan mereka kerana telah menipu dalam peperiksaan Bahagian B.



Lima daripada mereka yang telah mengongsi jawapan menerusi platform pengiriman mesej WhatsApp, telah mendapati permohonan mereka ditangguhkan selama enam bulan.



Seorang lagi, yang didapati telah bersubahat dengan seorang lagi calon, telah mendapati permohonannya ditangguhkan selama setahun.



Keesokan harinya, Jabatan Peguam Negara mendedahkan bahawa Peguam Negara sedang menimbangkan permohonan lagi lima peguam pelatih.



Mereka yang menipu perlu mengambil semula kertas peperiksaan relevan dan lulus pada tahun seterusnya.



Encik Shanmugam juga menekankan bahawa pemohon perlu meyakinkan kesemua individu berkepentingan bahawa mereka sesuai untuk mengamalkan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan demikian



Mahkamah Tinggi mempunyai budi bicara berhubung permohonan kemasukan dengan mengambil kira pandangan Peguam Negara, Institut Pendidikan Guaman Singapura (Sile) dan Persatuan Undang-Undang.



Di samping itu, selain daripada 11 kes yang telah didedahkan, Encik Shanmugam berkata Sile tidak menemui sebarang kes penipuan lain pada tahun sebelum dan sesudah kejadian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >