Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketetapan segera kerja dari rumah bagi pejabat dengan kes Covid-19 dikurangkan daripada 14 ke 10 hari

Sep 20, 2021 | 09:28 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menyemak semula ketetapan segera kerja dari rumah (WFH) dengan mengurangkannya daripada 14 kepada 10 hari demi mengelakkan perniagaan daripada terjejas.



Langkah tersebut yang akan berkuatkuasa pada 22 September dikenakan ke atas semua kakitangan premis kerja yang sama dan boleh bertugas dari rumah seandainya terdapat tiga atau lebih kes jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja yang kembali ke pejabat sejak tujuh hari sebelumnya dan secara berterusan.



Ini diumumkan dalam satu kenyataan MOM pada Isnin (20 September) menyusuli pengumuman awal Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 yang mengenalkan ketetapan kerja dari rumah segera selama 14 hari bermula 8 September.



Menurut MOM, rejim bertugas dari rumah segera dikenalkan bagi memperlahankan kadar jangkitan Covid-19 di tempat kerja. Langkah itu kekal perlu dengan peningkatan kes masyarakat secara harian.



Ketetapan 10 hari itu dibuat sejajar dengan pengurangan tempoh kuarantin bagi kontak rapat kes Covid-19 yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 10 September.



Namun, menurut MOM, pekerja yang terjejas termasuk kontraktor dan penyedia khidmat di lokasi tersebut dan diminta kerja dari rumah segera boleh kembali ke pejabat apabila perlu jika mereka diuji negatif menerusi Ujian Pantas Antigen (ART).



Ujian itu harus diselesaikan sebelum mereka kembali ke pejabat dan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam sebelum tamatnya tempoh mereka datang ke pejabat bagi sebab-sebab tertentu.



Dengan semakan ini, aturan kerja dari rumah segera akan bermula sehari selepas tarikh hasil ujian positif Covid-19 terkini pekerja ketiga.



MOM ingin menggesa kedua-dua majikan dan pekerja agar mengamalkan tanggungjawab sosial untuk mengasingkan diri jika mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19.



Semua pekerja yang terjejas digalakkan mengawasi kesihatan mereka dan mentadbir ujian swab ART dalam tempoh 10 hari sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebelum kembali ke lokasi kerja.



Majikan pula harus mengosongkan dan mengepung bahagian di mana kes yang disahkan bertugas. Kerja pembersihan terperinci juga perlu dijalankan di premis yang terjejas. Majikan juga diingatkan agar menyemak dan memastikan langkah pengurusan selamat yang secukupnya dikekalkan di pejabat.



Ini termasuk dalam memastikan tidak lebih daripada 50 peratus pekerja yang berupaya bekerja dari rumah berada di pejabat secara serentak. Tiada perhimpunan sosial di pejabat dibenarkan.



Tempoh berehat untuk makan juga harus dilakukan secara sendiri dengan pekerja tidak serentakkan masa bekerja mereka serta dibenarkan mempunyai waktu kerja fleksibel.



Jarak selamat kekal pada sekurang-kurangnya satu meter.



"Sedang Singapura mengemudi negara ini ke arah negara yang berdaya bingkas menangani Covid-19, majikan dan pekerja kedua-duanya mempunyai peranan mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja. Kami menggesa setiap orang agar patuh pada ketetapan terkini agar memastikan satu sama lain selamat," tambah MOM.



Langkah Pengurusan Selamat yang terkini boleh diperolehi menerusi laman beralamat   https://go.gov.sg/smm




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >