MAJLIS KONVOKESYEN NUS
Ketiadaan bapa, kesukaran hidup jadi pendorong
Kerja keras dan segala masalah yang dihadapi tidak dijadikan rintangan atau mematahkan semangat dalam mengejar cita-cita, malah ia membolehkan enam siswa Universiti Nasional Singapura (NUS) ini cemerlang dalam bidang masing-masing. Mereka merupakan antara 6,491 siswazah tahun ini yang menerima ijazah dalam majlis konvokesyen yang diadakan di Pusat Budaya Universiti (UCC) NUS baru-baru ini. Laporan FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg).
Jul 19, 2016 | 05:30 AM
PERISTIWA pahit yang melanda tidak mematahkan semangatnya malah menjadi pendorong baginya.
Ketika berusia 14 tahun, bapa Encik Hairul Hakkim Kuthibutheen meninggal dunia akibat sakit ginjal.