Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Ketibaan pelancong ke S'pura naik lapan bulan berturutan pada Sep

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



KETIBAAN pelawat antarabangsa Singapura melanjutkan pertumbuhan bagi bulan kelapan berturut-turut pada September dengan mencatat satu lagi rekod bulanan pasca-Covid-19, menurut perangkaan terkini Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Terdapat 752,305 ketibaan bulan lalu, meningkat daripada 728,744 pelawat yang dirakam pada Ogos, walaupun angka baru itu masih jauh di bawah 1.5 juta yang dicatatkan pada September 2019 sebelum pandemik.



Untuk bulan keenam berturut-turut, Indonesia merupakan sumber ketibaan utama dengan 115,433 pelawat, meningkat daripada 108,252 pelawat pada bulan sebelumnya.



India menduduki tempat kedua buat bulan keenam berturut-turut, dengan 83,265 pelawat, meningkat daripada 76,249 pada Ogos.



Manakala Malaysia menduduki tempat ketiga dengan 79,692 pelancong - meningkat daripada 63,905 sebulan lalu.



Australia pula sumber pelancong keempat terbesar dengan 79,150 pelawat, naik daripada 56,917 pada Ogos.



Namun China, pasaran terbesar Singapura dari 2017 hingga 2019, menentang trend meningkat dengan hanya 13,601 pelawat.



Ini merosot daripada angka Ogos, iaitu 14,735 pelawat, dan jauh lebih rendah daripada 248,568 pelawat yang dilihat pada bulan yang sama pada 2019.



Setakat ini, Singapura melaporkan 3.7 juta ketibaan pelawat antarabangsa, berbanding jangkaan STB yang diumumkan pada Julai lalu, iaitu empat hingga enam juta pelawat antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >