Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketibaan pelawat antarabangsa ke S'pura naik 931,530 pada Jan

Rekod baru sejak pandemik; pelawat Indonesia sumber ketibaan terbesar
Feb 18, 2023 | 05:30 AM



KETIBAAN pelawat antarabangsa ke Singapura meningkat kepada 931,530 pada Januari, mencatat rekod baru sejak bermulanya pandemik, menurut angka terkini daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat.



Jumlah ketibaan pada Januari itu naik sedikit daripada 931,337 pelawat yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, tetapi masih di bawah 1.5 juta pelawat yang dicatatkan pada November 2019, sebelum pandemik Covid-19.



Indonesia meraih tempat pertama sebagai sumber ketibaan terbesar ke Singapura untuk 10 bulan berturut-turut, dengan kira-kira 168,963 pelancong pada Januari, walaupun ini kurang daripada 197,260 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.



Australia muncul di tempat kedua, dengan 102,877 pelancong, naik daripada 89,128 yang dicatat pada Disember.



Terdapat 72,748 pelawat yang datang dari Malaysia, turun daripada 95,472 pada bulan sebelumnya.



Sementara itu, Korea Selatan menghantar 60,442 pelawat pada Januari, meningkat daripada 31,811 yang dicatatkan pada Disember.



Kedua-dua negara masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.



China, yang pernah menjadi pasaran pelancong terbesar yang masuk ke Singapura dari 2017 hingga 2019, menghantar hanya 28,362 pelawat pada Disember, meningkat daripada sebulan lalu apabila 19,684 pelawat dari sana tiba di Singapura.



Bulan lalu, STB memberikan ramalan bahawa ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura dijangka mencecah 12 juta hingga 14 juta pada 2023, dengan pemulihan sepenuhnya pelancongan dijangka menjelang 2024.



Pendapatan pelancongan juga dijangka meningkat kepada $18 bilion hingga $21 bilion.



Ramalan itu, yang dikeluarkan STB pada 17 Januari, berdasarkan angka yang lebih baik daripada jangkaan pada 2022, yang berakhir dengan 6.3 juta ketibaan pelawat antarabangsa dan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak $14 bilion.



Indonesia merupakan pasaran utama menjana pendapatan pelancongan, menyumbang $1.1 bilion pada 2022.



India menduduki tempat kedua dengan $704 juta, dan Australia berada di tempat ketiga dengan $633 juta.



Bagaimanapun, ramalan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, seperti tiada varian Covid-19 baru yang membimbangkan, pembukaan semula sempadan China yang berterusan dan kapasiti penerbangan antarabangsa terus dipertingkatkan.



Pemulihan pelancongan pada 2023 akan ditambah dengan suntikan $110 juta - sebahagian daripada $500 juta yang diperuntukkan oleh pemerintah untuk merangsang industri itu - untuk meningkatkan acara perniagaan dan riadah sepanjang 2023 dan 2024.



Mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) dan acara riadah juga akan terus menjadi pemacu pertumbuhan, kata STB.



Acara untuk tahun 2023 dimulakan dengan Art SG, pameran seni terbesar di Asia Tenggara, sebagai sebahagian daripada Minggu Seni Singapura; dan SailGP, yang membuat penampilan pertamanya di Asia pada Januari.



Acara baru seperti Minggu E-Sukan Olimpik dan Pertubuhan Triatlet Profesional Terbuka Asia akan berlangsung di Singapura buat kali pertama pada 2023.



Acara Mice seperti Herbalife Apac Extravaganza dan Kongres Dermatologi Sedunia yang ke-25 juga dijadualkan berlangsung di Singapura pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >