Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketidaksamaan gaji di S'pura kian mengecil

Penduduk turut nikmati pendapatan lebih tinggi tahun lalu: Laporan MOF
Nov 27, 2020 | 05:30 AM



PENDAPATAN penduduk di Singapura telah meningkat sementara jurang ketidaksamaan pendapatan pula mengecil ke paras terendah dalam tempoh lima tahun lalu.



Demikian menurut laporan Hasil Semakan Sektor Awam Singapura (Spor) yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Buat kali pertama sejak 2015, Koefisien Gini Singapura - yang mengukur jurang pendapatan - jatuh di bawah 0.4 tahun lalu.



Koefisien Gini mengukur ketidaksamaan pendapatan daripada 0 hingga 1. Semakin rendah Koefisien Gini, semakin kecil jurang pendapatan. Koefisien Gini lebih 0.4 biasanya menandakan jurang pendapatan yang besar.



Selepas mengambil kira cukai dan bantuan pemerintah, Koefisien Gini negara ini jatuh daripada 0.403 pada 2018 kepada 0.398 tahun lalu.



Pendapatan penduduk juga rata-ratanya meningkat, dengan gaji tahunan penduduk yang bekerja sepenuh masa tumbuh 3.8 peratus setahun dari 2014 hingga 2019.



Sementara itu, gaji pekerja di tangga 20 peratus terbawah pula tumbuh dengan cepat berbanding median, iaitu sebanyak 4.4 peratus setahun bagi tempoh yang sama.



Dalam pada itu, jumlah penduduk yang bekerja, termasuk wanita dan warga emas, turut bertambah sepanjang tempoh lima tahun lalu, dengan lebih separuh dari golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Menurut MOF, 500,000 individu dan 14,000 perusahaan telah meraih manfaat menerusi SkillFuture sehingga 31 Disember tahun lalu, dengan 37,000 individu berdaftar dalam program kelayakan penuh Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) bersubsidi di institut pengajian tinggi.



Mengulas mengenai laporan itu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata ia menunjukkan bagaimana dasar-dasar pemerintah terus membantu rakyat mengubah kehidupan dalam bidang yang berkepentingan nasional.



"Ada peluang yang bertambah (untuk mempertingkat kehidupan) di setiap peringkat usia warga Singapura. Singapura juga terus berdaya saing di dunia dan menyokong perniagaan dan rakyatnya, dengan tenaga kerjaya yang berupaya dan berdaya tahan," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.



Diterbitkan setiap dua tahun, Spor memberi perspektif tentang prestasi Singapura dan sektor awam dalam beberapa bidang kepentingan bagi negara termasuk jangka hayat warga, pendidikan dan mudahnya mengendali perniagaan di sini.



Laporan kali ini juga mengkaji peluang yang ada bagi warga mempertingkat kehidupan, usaha Singapura membina sekitaran bijak dan berdaya tahan serta usaha melindungi cara kehidupan negara ini. Ia juga meninjau cara Singapura mengekalkan kemampanan ekonominya sementara mengukuh kedudukan sebagai hab global mesra perusahaan.



Satu tambahan dalam laporan Spor kali ini ialah bahagian khas untuk mengiktiraf kerjasama pemerintah dengan rakyat untuk mengatasi pandemik Covid-19.



"Masih banyak yang perlu dilakukan dalam laluan pemulihan ini. Ayuh kita terus bekerjasama rapat dan muncul lebih kuat sebagai satu rakyat," tambah Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >