Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua baru AMP dilantik ganti Anuar Yusop

Jan 22, 2020 | 03:07 PM



CIK Zarina Yusof, yang berpengalaman lebih dua dekad dalam sektor swasta dan awam, akan menyandang jawatan sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif AMP Singapore, bermula 1 Februari ini.



Beliau, 47 tahun, akan mengambil alih tugas itu daripada Encik Mohd Anuar Yusop, 62 tahun, yang mengundur diri sebagai Pengarah Eksekutif, setelah 15 tahun menerajui badan bantu diri itu.



Ini diumumkan AMP Singapore dalam satu kenyataan media pada Rabu (22 Januari).



Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Pengarah Perhubungan, Penyelidikan dan Pendekatan di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Beliau juga pernah menjadi anggota lembaga AMP dari Disember 2017 hingga Mac 2019. 



Awal dari itu, Cik Zarina telah mengukir kerjaya dalam sektor awam, penyiaran, pendidikan dan penjagaan kesihatan.



Menurut kenyataan AMP, Encik Anuar akan terus berkhidmat sebagai konsultan kepada Lembaga AMP bermula 1 Februari ini, dan akan memberi nasihat dalam ehwal kutipan dana, pembangunan hubungan dan pembinaan rangkaian.



Beliau juga akan terlibat dalam perancangan Konvensyen Nasional Karyawan Islam Singapura keempat yang dirancang pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >