Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SARANAN PASUKAN BERTINDAK PME NTUC-SNEF PERKUKUH SOKONGAN

Ketua buruh: Perlu pastikan PME dilindungi, diberi peluang sama rata

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha perlu dijalankan untuk memastikan peluang yang sama rata bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) setempat sementara melindungi pekerjaan mereka yang merasakan tekanan daripada persaingan asing, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



"Tugas paling penting sekarang ialah bagaimana kami dapat melindungi pekerjaan golongan PME Singapura, khususnya dalam sesetengah sektor, dan mempersiap mereka bagi pekerjaan lebih baik untuk membantu mereka mencapai kemajuan.



"PME ini merasakan tekanan daripada persaingan asing dan bagi PME yang lebih berusia, mereka menghadapi cabaran bangkit semula selepas kehilangan pekerjaan," ujarnya.



Oleh itu, Encik Ng berkata lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk memastikan peluang yang setara bagi PME setempat sementara memberi mereka sokongan pekerjaan dan yang berkaitan dengan daya kerja dalam bentuk lain.



Ini termasuk sokongan peralihan pengangguran, bantuan mencari kerja atau latihan.



Encik Ng merupakan penasihat bersama pasukan bertindak PME NTUC-Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) yang membentangkan sembilan saranan kepada pemerintah untuk menyokong PME dengan lebih baik.



Bercakap kepada media, Encik Ng berkata saranan pasukan bertindak tersebut juga bertujuan mengupayakan golongan PME ini dari segi daya kerja dan mempertingkat kemahiran agar relevan dengan perubahan di sekeliling mereka.



"Salah satu saranan ialah apabila PME menghadapi masa sukar dan kehilangan pekerjaan, bagaimana boleh kami sediakan bantuan... untuk membantu mereka sementara mereka bangkit semula dan kembali bekerja dan pada masa yang sama dapat terus menjaga keluarga mereka, termasuk ibu bapa dan anak-anak.



"NTUC mahu memperjuang kepentingan dan hak PME... dengan lebih ramai PME akan membentuk kelas bekerja di Singapura," ujarnya.



Tambahnya, sembilan saranan yang dibentangkan pasukan bertindak di bawah empat teras - mempertingkat keadilan di tempat kerja, menyediakan bantuan bagi PME yang kehilangan pekerjaan, memastikan lebih banyak peluang pekerjaan bagi PME lebih berusia serta menyokong PME dalam kemajuan kerjaya dan peningkatan kemahiran - itu merupakan maklum balas daripada PME di sini.



Saranan itu termasuk meningkatkan langkah penguatkuasaan terhadap syarikat yang menggunakan amalan tidak adil, memperkenal rangka kerja sokongan peralihan nasional untuk memberi bantuan pendapatan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, menyokong kursus latihan dan program bimbingan bagi peranan relevan untuk membantu PME lebih berusia serta menyokong program pembangunan kepimpinan bagi PME Singapura.




"Tugas paling penting sekarang ialah bagaimana kami dapat melindungi pekerjaan golongan PME Singapura, khususnya dalam sesetengah sektor, dan mempersiap mereka bagi pekerjaan lebih baik untuk membantu mereka mencapai kemajuan. PME ini merasakan tekanan daripada persaingan asing dan bagi PME yang lebih berusia, mereka menghadapi cabaran bangkit semula selepas kehilangan pekerjaan."
- Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.




SARANAN YANG DIKEMUKAKAN



  • Pertingkat amalan adil di tempat kerja melalui piawai Sumber Manusia (HR) yang lebih baik dan mempertingkat penguatkuasaan terhadap syarikat yang mengamalkan amalan yang tidak adil

  • Perkukuh teras pekerja Singapura dengan antaranya dengan membezakan akses pekerja asing berdasarkan pekerjaan dan memudahkan peralihan kemahiran bagi PME warga Singapura.

  • Perluas sokongan bagi PME dan menyemak undang-undang perwakilan PME dengan menubuhkan kumpulan kerja tiga pihak untuk menyemak perwakilan kesatuan bagi PME.

  • Kukuhkan sokongan pendapatan bagi PME yang tidak dapat bekerja melalui rangka kerja sokongan peralihan nasional.

  • Membantu PME lanjut usia untuk beralih kepada pekerjaan yang lebih bermakna dengan memberikan sokongan gaji kepada syarikat dan menyediakan program latihan dan mentor.

  • Membentuk kepimpinan Singapura yang kukuh melalui program-program sesuai bagi PME warga Singapura.

  • Memberikan sokongan serta panduan jurulatih kerjaya dari NTUC/Snef bagi PME

  • Membangunkan pelan pekerjaan dan kemahiran bagi PME yang lebih berstruktur.

  • Perkukuh kerjasama tiga pihak untuk mempersiap tenaga kerja bagi peralihan ekonomi dan pelaburan masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >