Ketua CAAS sasar pemeriksaan lebih pantas di lapangan terbang

PADA 2024, penumpang kapal terbang hanya perlu tiba di lapangan terbang 85 minit sebelum penerbangan mereka- peningkatan 30 peratus berbanding tempoh dua jam yang diperlukan sekarang. 

Ini merupakan sasaran yang ditetapkan oleh setiausaha agung Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas) Kevin Shum, yang menggesa industri untuk mempertingkat dan memudahkan proses tersebut semalam. 

Katanya, sementara Lapangan Terbang Changi dan industri penerbangan yang memberi sokongan telah mencapai “kemajuan yang baik” ke arah menggunakan teknologi untuk mempertingkat produktiviti, perubahan tersebut tidak cukup di masa hadpaan disebabkan keperluan dalam persekitaran digital dan globalisasi. 

“Jika kita beroperasi seperti biasa, kami perlu mengambil dan melatih seramai 6,000 pekerja yang berkemahiran dalam dekad akan datang. Ini lebih sukar berbanding kekurangan tenaga kerja di Singapura,” Kata Encik Shum. 

Tambahnya, beliau yakin sasaran tersebut boleh dicapai tanpa menjejas piawai khidmat dan sementara menyesuaikan amalan mampan untuk persekitaran. 

Encik Shum berkata mencapai sasaran tersebut memerlukan “perubahan asas” dalam operasi terminat, aktiviti pihak penerbangan dan juga pengurusan trafik udara.