Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua eksekutif NUHS dilantik Akademi Nasional Perubatan AS

Oct 22, 2019 | 02:03 PM



PROFESOR John Eu-Li Wong, ketua eksekutif Sistem Hospital Universiti Nasional (NUHS) dilantik semalam (21 Oktober) ke Akademi Nasional Perubatan Amerika Syarikat sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada kemajuan sains perubatan dan penjagaan kesihatan.



Pelantikan ke Akademi itu dianggap salah satu kehormatan tertinggi dalam bidang kesihatan dan perubatan, menurut kenyataan NUHS dan Universiti Nasional Singapura (NUS).



Profesor Wong, 62 tahun, seorang ahli onkologi perubatan hematologi, juga naib presiden kanan hal ehwal kesihatan di NUS. Beliau telah melibatkan diri dalam pembangunan sains kesihatan dan bioperubatan sebagai tonggak utama ekonomi Singapura, dan merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Nasional dan Sains Bioperubatan.



Beliau juga pernah menjadi presiden Puncak Kesihatan Dunia, ahli pengasas Persatuan Pusat Kesihatan Akademik (Antarabangsa).



Beliau amat berbesar hati di  atas pengiktirafan ini.



“Saya amat bernasib baik dapat menjadi sebahagian daripada NUHS, NUS, sistem penjagaan kesihatan awam Singapura dan inisiatif Kesihatan Nasional dan Sains Bioperubatan selama 27 tahun yang lalu,” kata Profesor Wong.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >